CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3945|Reply: 2

[Tempatan] ‘Towing’, pengeluar konkrit naik harga susulan penyasaran diesel

[Copy link]
Post time 11-6-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode
‘Towing’, pengeluar konkrit naik harga susulan penyasaran diesel

https://www.freemalaysiatoday.co ... -penyasaran-diesel/

Liew Yen Rou dan Nicholas Chung
11 Jun 2024, 11:47 AM


Dua pengeluar konkrit mengesahkan menaikkan harga susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. (Gambar Envato Elements)

Beberapa syarikat mengesahkan kenaikan harga perkhidmatan.

PETALING JAYA: Syarikat penunda kenderaan dan pengeluar konkrit menaikan harga perkhidmatan susulan peningkatan harga diesel.

Sekurang-kurangnya dua pengeluar konkrit, DPG Readymix Sdn Bhd dan LCS Marketing Sdn Bhd, mengesahkan kepada FMT bahawa pihak syarikat meningkatkan harga selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Ketika dihubungi, jurucakap syarikat berpangkalan di Kelantan, DPG Readymix berkata mereka dimaklumkan tidak layak mendapatkan kad fleet bagi subsidi diesel.

Katanya, syarikat lain juga dikatakan mengambil langkah sama menaikan harga.



Dalam pada itu, notis daripada LCS Marketing, berpangkalan di Pahang, berkata harga konkrit meningkat kepada RM12 satu meter padu dalam jarak 30km.

“Bagi jarak melebihi 30km, caj tambahan akan dikenakan,” kata notis berkenaan. Pihak LCS Marketing mengesahkan notis itu ketika dihubungi dan menyatakan langkah tersebut susulan harga diesel lebih tinggi.

Sementara itu, Hong Guan Towing Service juga mengesahkan pihaknya menaikkan harga perkhidmatan.

“Tiada subsidi diperuntuk kepada trak penunda,” katanya dalam notis.

Kedai barangan logam, Chuan Soon Heng Sdn Bhd, juga mengeluarkan notis memaklumkan pengguna mengenai peningkatan harga, menyatakan 25% kenaikan ‘caj trak’ berkuat kuasa semalam.

“Selepas semakan mendalam peningkatan kos pengangkutan kami, perkapalan dan produk, kami perlu mengambil keputusan sukar menaikkan harga bagi semua barangan. Caj pengangkutan juga akan disemak,” katanya dalam notis.

FMT sedang mendapatkan ulasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali dan timbalannya Fuziah Salleh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok. Tengok ni.


Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2024 05:42 PM | Show all posts
bestu depa dah tak dapat sabsidi

nak suh deme buat amal jariah ke?

untong nak tarik celah kelangkang siapa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034960 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list