CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13169|Reply: 23

[Tempatan] ‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan

  [Copy link]
Post time 17-6-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-6-2024 07:35 AM

Pada awal minggu ini kita dikejutkan dengan insiden dua maut akibat keracunan makanan selepas makan telur dan mihun yang disediakan program sekolah. Insiden itu telah mendapat perhatian Chef Wan.


“Kebanyakkan orang melayu kita yang meniaga ini, mereka tiada ilmu tentang kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan,” komen Chef Wan berhubung insiden itu.

Menerusi perkongsian video TikTok @maskulinmy, Chef Wan menjelaskan bakteria yang ada mudah membiak sekiranya makanan tidak dikendalikan dengan betul.

Chef Wan juga menekankan bahawa dengan cuaca terik di Malaysia, suhu tinggi memberikan ruang dan peluang untuk bakteria membiak dengan lebih mudah.

Beliau memberikan contoh, apabila makanan panas disimpan dalam bekas tertutup serta-merta, wap yang terhasil dalam bekas itu akan menjadikan suhu terbaik pembiakkan bakteria.

“Sebab itulah nasi goreng, mi goreng dan sebagainya cepat basi,” katanya.

Tambah Chef Wan lagi, ada ramai peniaga ‘tamak’ yang mahu menjual pelbagai benda. Namun hanya memiliki kuantiti peti sejuk yang terhad untuk menyimpan kesemua masakan di dalamnya.

Apabila penyedia katering menerima tempahan yang tinggi, kesemua makanan disumbat di dalam peti sejuk. Lalu menyebabkan peti sejuk tidak lagi sejuk dan memudahkan virus dan bakteria membiak.

“Jika kita mahu hantar makanan katering, kita perlu sejukkan secepat mungkin dan simpan di dalam peti sejuk.

“Saya rasa semua orang dekat sekolah patut hantar mereka (katering) menghadiri kursus penyediaan makanan bersih & selamat.

“Bila mereka sudah ada sijil, barulah benarkan mereka mengendalikan katering untuk orang awam,” cadang Chef Wan.

Di dalam video itu juga, beliau menyatakan negara US tidak membenarkan sebarang perniagaan dibuat dari rumah atas sebab-sebab kebersihan dan keselamatan.

“Tapi di sini (Malaysia) semua orang boleh meniaga. Tapi kosong ilmu kebersihan.

“Andai kata anda tanya mereka apa jenis kuman, suhu — kosong, kosong. Asal boleh masak saja, jual-jual,” tegasnya.

Terdahulu, dua maut selepas memakan telur dan mihun yang disediakan untuk satu program sekolah.

Menurut laporan Harian Metro, 82 daripada 247 orang mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan sarapan pagi berupa bihun goreng dan telur mata.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ummi Kalthom Shamsudin berkata insiden itu disyaki disebabkan kedua-dua makanan itu yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa.

SUMBER
TikTok @maskulinmy
Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 10:17 AM | Show all posts
Melayu saja ke pokcik? Aku rasa pengendali makananan yang datang dari negara Konoha Nusajaya pun sama!

Aku makan nasi lemak yang pekerjanya dari sana di selatan Semenanjung. Lepas makan, aku kena cirit-birit tau! Dahlah ayam goreng tu berbau hanyir, sambal cili semata pedas rasa kosong!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu.. tapi kau pun memasak dok menceceh ceceh ntah berapa banyak air liur kau tersembur dalam tu. sama je dengan musuh kau diva aa. memasak sambil mencarut. bezanya kau masak berpakaian, musuh kau masak dalam keadaan bogel
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 17-6-2024 02:47 PM

"itu pasai kita bg indon,bangla,pakis,myanmar,india,sri lanka dll....sukati dorang buka kedai"-Pihak berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Uztaz ckp mknn x boleh dedah, jin berak2
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok kau chicken chop!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
spring roll on the floor people walk to the school by bus  
-Chef Wannabe-

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
kkdg seram bila order mknn kt grab.. cemana la diorg masak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 17-6-2024 02:30 PM
spring roll on the floor people walk to the school by bus  :2lol ...

Zaman sekarang dah tak boleh nak berhibur macam ni sissy. Confirm viral masuk neraka alaf modenisasi kekdahnya sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 05:22 PM | Show all posts
pooh~key replied at 17-6-2024 03:35 PM
Zaman sekarang dah tak boleh nak berhibur macam ni sissy. Confirm viral masuk neraka alaf modenisa ...

Normalisasi katanya.
Nanti makin ramai lelaki jadi lembut.


Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 05:46 PM | Show all posts
Melantang2 je lah ko
Sebut je peniaga xperlu nk sebut bangsa
dh sembuh dari cancer tu start memekak balik
Masa sakit terlentang elok je dok diam2
Dah dpt nyawa mula la menyalak  si bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 17-6-2024 02:15 PM
betul tu.. tapi kau pun memasak dok menceceh ceceh ntah berapa banyak air liur kau tersembur dalam t ...

Hahaha btol kurex.. kaka dolu2 waktu skolah rendah suka tgk rancangan dia waktu bulan posa.. petang2 mesti tercongok.. walaupun waktu tu zaman tv kotak jauh sekali teknologi sekarang segala jerawat boleh nampak, kaka masih boleh nampak tersembur2 air lior itu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Haccp ke atok
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok chep pitenah nampak. Yg bebondong2 meriahkan kursus pengendali makanan tu rata2 melayu. Yg lain pun ada tp kebanyakan mrk gajikan staf melayu. Tak kan sbb sorg dua buat silap kata kebanyakkan melayu lak. Ini sudah lebih
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan melayu je tok wan. Cina india pun sama je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm...comment from someone yg meols gi mkn cucur udang kat restaurant dia jumpa rambut segumpal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 09:09 PM | Show all posts
Setuju peniaga kena ambil basic course pengendalian makanan. Bahaya betul sampai boleh mati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 10:26 PM | Show all posts
setuju jah..tp pembeli pun sama bodoh, paling aku pelik yg meniaga jeruk atas jalan, kotak simpan dalam longkang pun tergamak nk beli..

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dia nk lempang najib
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 17-6-2024 10:26 PM
setuju jah..tp pembeli pun sama bodoh, paling aku pelik yg meniaga jeruk atas jalan, kotak simpan da ...

For real simpan dalam longkang...euww.

I sejenis avoid beli buah potong lepas kes kedai buah kena compound takde buku log suntikan anti thypoid. Inikan pulak penjaja atas jalan. No..no...I is kennot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.317844 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list