CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6106|Reply: 51

[Tempatan] Belum tentu dapat kerja, ramai dakwa karnival kerjaya sebenarnya scam

  [Copy link]
Post time 20-6-2024 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Belum tentu dapat kerja, ramai dakwa karnival kerjaya sebenarnya scam

Tangkap layar pandangan orang ramai berhubung penganjuran karnival kerjaya.

PENGANJURAN karnival kerjaya merupakan antara insiatif pihak tertentu dalam usaha menawarkan maklumat, peluang dan penempatan pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Saban tahun, dapat dlihat pelbagai syarikat yang turun padang untuk bersama-sama menjayakan inisiatif tersebut.

Bagaimanapun, baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan bahawa penganjuran program yang berbentuk seperti itu sebenarnya hanyalah satu penipuan semata-mata.

Menerusi satu audio siar (podcast) yang dimuat naik di aplikasi TikTok @rehatsantaistudio, seorang lelaki menyuarakan pandangan dan pengalaman peribadinya sewaktu mengunjungi karnival kerjaya yang diadakan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai kriteria pengambilan, individu tersebut mempersoalkan tindakan segelintir syarikat bertindak mengenakan syarat-syarat yang dianggap tidak wajar.



Malah katanya, tiada apa yang diperoleh sepanjang kunjungannya ke situ, melainkan maklumat berkaitan syarikat yang terlibat dalam pameran berkenaan.

"Sejujurnya, tiada apa-apa yang saya dapat dari sana. Saya (hanya) dapat pendedahan daripada beberapa syarikat, apa yang mereka cari dari segi pengambilan pekerja dan jawatan kosong.

"Kalau suka, mereka mungkin akan panggil anda untuk sesi temu duga, tetapi setakat ini saya tidak menerima satu panggilan pun daripada mana-mana syarikat.

"(Hal ini) yang menyebabkan saya percaya bahawa kadangkala pameran kerja seperti ini dianggap sebagai satu penipuan," katanya.

Lelaki itu turut menjelaskan satu contoh situasi atau syarat pengambilan yang dirasakan tidak rasional.

Jelasnya, kebanyakan syarikat mencari graduan yang baru menamatkan pengajian untuk bekerja di bawah mereka.

Namun, walaupun mereka mencari graduan baharu, pada masa sama, mereka juga mahukan individu yang mempunyai minimum dua hingga tahun pengalaman bekerja.

"Jadi bagaimana dengan graduan yang tidak mempunyai pengalaman, sedang mencari kerja, dan sudah mengganggur untuk beberapa bulan dan melihat ini (karnival kerjaya) sebagai satu peluang untuk mereka dapatkan pekerjaan?

"Sejujurnya bagi saya, ia membuang masa sebab mereka tidak spesifik dalam menyatakan kriteria pekerja yang dicari.

"Jika mahukan graduan baharu, tidak perlulah masukkan dua hingga tahun pengalaman bekerja (sebagai syarat).

"Jika perlukan individu yang ada pengalaman, nyatakan secara jelas," tambahnya.

Jelas lelaki itu lagi, terdapat juga syarikat yang mencari seorang pengurus dengan sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman.

"Dalam masa sama turut menetapkan syarat umur yang muda. Mungkin umur dalam lingkungan 20 ke 30 tahun. Adakah ia masuk akal?" soalnya lagi. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 07:53 AM | Show all posts
nak database je. pastu jual info utk marketing.

pppffftttt........
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:06 AM | Show all posts
minta kena boikot kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:06 AM | Show all posts
aha entah.. x pernah join pun.. cuma iols pernah join under perkeso je.. tru online

yes i dpt interview but then they all nak diploma.. i cuma ade degree je.. then they all ckp i overqualified.. iols pun cuma nak test market je.. whether experience i laku ke x.. but then iols x pernah dipanggil physical interview la.. tu yg agak kiciwa
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
karnival utk perabia duit kerajaan. hukhukhuk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
susah nk dpt kerja sekarang lgi jika dh lebih 40+ dan overqualified
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2024 09:20 AM | Show all posts
ada ke syarikat mutlinasional atau internasional join buka booth kat tempat2 begini? yg buka sekadar syarikat kecil je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg la scam.

Kebanyakannya nak amek orang baru dgn gaji lebih murah.

Agensi gomen mcm socso atau hrdf pulak ditekan politaik utk kurangkan pengamgguran

Ujung2 dia buat lelongan mcm ni la.

Syarikat untung dpt tenagakerrja lebih murah

Gomen untung nampak prihatin

Rugi rakyat gaji ditekan. Kau tak accept takde duit lap, SIP tak dibayar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 21-6-2024 06:32 PM

Mmg scam, kutip resume ramai org dan buang atau pergunakan resume org awam tanpa kebenaran, job sebenarnya xde pun cam company ai gigih karnival job sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 04:08 PM | Show all posts
aku pernah gi skali career fair pas graduate, aku drop resume kat air asia utk flight attendant, dia call back der arrange interview. aku pon terkejut. sudah la dia call tu masa aku tgh membuta tengahari huhuhu, tu je skali aku try. selebihnya aku apply kat jobstreet jer.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 04:15 PM | Show all posts
mmg pun...sekadar mengaburi mata masyarakat kononya dah buka peluang...last2 hire ikut kabel...especially oil and gas...tak de orang dalam....kebarangkalian ko nak di hire tu nipis la.....panggil interview mungkin...just nak data tunjuk kat boss benefit spend duit join the career fair...bukak booth bukan murah...ngan letak pekerja ko berhari2 kat situ tak buat apa...kerja kat opis berlambak kot....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 04:15 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 20-6-2024 09:20 AM
ada ke syarikat mutlinasional atau internasional join buka booth kat tempat2 begini? yg buka sekadar ...

career fair yg pernah aku gi pas graduate byk company besar2 la joint, especially oil n gas, glc, mnc, air asia. air asia aku igt sebab dia punya yg jaga booth tu encourage aku drop resume, surprisingly they call me back utk interview. so nak kata scam mcm tak juga kot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana lah nak dapat kerja, maked pun boleh masuk resume
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 20-6-2024 04:18 PM
Macam mana lah nak dapat kerja, maked pun boleh masuk resume

I tolded you.


Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 04:23 PM | Show all posts
pernah pergi career fair sekali, zmn sebelum kewujudan jobstreet. dedulu kat thestar pon ada je vacancy kat ads segment. and now linkedin, ok je lompat2 every 2 years
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 20-6-2024 04:18 PM
I tolded you.

Sometimes, Cat Steven crossed the road also

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2024 05:39 PM | Show all posts

lepaskan seekor lipas terbang dalam tu
semua akan lari sebab itu adalah BABIIIIIIIIIIIIIIIIII
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba perkeso dan engage dgn officer
Sbb mmg officer hantar resume i terus ke hr
Tapi i haritu amik mss
Tak sure if saje2 cari kerja lain tu dpt assign officer tak
Tapi gunala myfuturejobs tu selain linkedin jobstreet
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila tak dipanggil untuk interview lepas drop resume itu kebarangkalian besar uol tak dapat memenuhi jangkaan company ya. Resume yang sama berulang kali, pencapaian orang lain lebih banyak daripada uol, usaha buat resume pun cetakan online tiru bulat-bulat. So anggaplah bukan rezeki uol, dan ada orang lain yang LEBIH layak dan deserve daripada uol. Ingat company nak perabih duit ratus ke ribu ke spend untuk bukak booth except yang pree daripada gomen. Improve diri, resume, pengalaman lebih penting untuk dipanggil company.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan body language korang berdua camtu dalam podcast, sapa nak hire nyah!

Boleh tak akak judgmental? Boleh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 3217 Replies : 19
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 38135 Replies : 296
Gadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wajar atau tidak zaman sekarang
YgBenarGadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wa
Views : 34632 Replies : 214
Update :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh individu yang dikenalinya. ! Anggota Polis Ditahan.Hilang Sejak 10 Julai, Pulis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini
YgBenarUpdate :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh i
Views : 172164 Replies : 2845
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 19879 Replies : 294
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
mojarean_XTidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor ke
Views : 18010 Replies : 19
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31522 Replies : 210
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 91925 Replies : 794
Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Tanya Kim Pan-gon Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya – TMJ
YgBenarTakut kena tembak? Takut kena culik? Tak
Views : 28349 Replies : 92
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat. Sejurus keputusan penggantungan, semua Ahli Parlimen blok pembangkang bangun membaca doa qunut nazillah
mojarean_XWan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan d
Views : 7183 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.900939 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list