CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7640|Reply: 24

[Jenayah] Fitnah bekas menantu, Chef Wan diarah bayar RM150,000

  [Copy link]
Post time 21-6-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Fitnah bekas menantu, Chef Wan diarah bayar RM150,000
Oleh HAMIZAH GUNAWAN (TERJEMAHAN)
Jumaat, 21 Jun 2024 9:20 AM MYT

Chef Wan diperintah membayar ganti rugi RM150,000 kerana memuat naik hantaran berunsur fitnah kepada bekas menantunya. — The Star

MAHKAMAH Rayuan pada Khamis memerintahkan cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau dikenali sebagai Chef Wan membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada bekas menantunya, Gavin Edward O'Luanaigh.

Ia selepas Chef Wan didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah terhadap O'Luanaigh di platform media sosial.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Lim Chong Fong dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan O'Luanaigh untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah memutuskan bahawa kenyataan yang didakwa dibuat oleh cef itu tidak memfitnah O'Luanaigh.

Chef Wan juga dikenakan perintah untuk membayar faedah lima peratus setahun. — The Star

Hakim Azizah ketika menyampaikan keputusan mahkamah memerintahkan Chef Wan membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada O'Luanaigh manakala kos RM40,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Beliau juga memberikan injunksi berkekalan yang melarang Chef Wan daripada memuat naik kenyataan fitnah kepada bekas menantunya.

Azizah juga memerintahkan Chef Wan membayar faedah lima peratus setahun atas jumlah penghakiman bermula dari tarikh saman difailkan sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Hakim Wong pada masa sama berkata, mahkamah mendapati bahawa hantaran dalam di Instagram dan Facebook, Chef Wan telah memfitnah O’Luanaigh.

Beliau juga berkata, cef itu telah melanggar janji kepada mahkamah untuk tidak menyiarkan kenyataan fitnah terhadap O'Luanaigh.

Untuk rekod, O'Luanaigh yang merupakan seorang warganegara British yang memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar.

Lelaki itu berkahwin dengan anak Chef Wan, pelakon Serina Redzuawan pada 2010 sebelum berpisah pada Ogos 2017.

Bekas suami Serina itu turut memfailkan saman itu pada Februari 2021 dengan mendakwa bahawa terdapat lapan hantaran media sosial dimuat naik bekas bapa mertuanya berhubung statusnya dan isteri baharunya serta memfitnah mereka.

Chef Wan bagaimanapun berkata, kenyataan yang disiarkan dalam hantaran itu adalah berdasarkan fakta, komen yang adil, dilindungi oleh keistimewaan mutlak dan layak serta dibuat tanpa niat buruk.

Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudiannya membenarkan tuntutan O'Luanaigh untuk injunksi bagi menghalang bekas bapa mentuanya daripada melakukan dakwaan libel dan palsu terhadapnya.

Hakim Rozi Bainon turut memerintahkan Chef Wan menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah tersebut.

Hakim bagaimanapun berpendapat bahawa kenyataan yang disangkal itu tidak memfitnah O'Luanaigh dan tidak diterbitkan dengan niat tidak baik.

Sementara itu, O’Luanaigh diwakili peguam Nur Khidmah Huzaisham dan Nur Dalilah Zainol Abidin manakala Datuk M. Reza Hassan mewakili Chef Wan. — The Star

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:02 PM | Show all posts
Begitulah tuah nasib seorang individu yg disapa Chef Wan. CW dianugerahi dgn bakat dn kebolehan  pandai memasak shnga layak digelar seorang Chef Kulinari antarabangsa. Dlm pada itu, CW juga ada bakat suka membebel, kekadang ada yg mengena ttpi satu saat terkucil juga shnga dibawa ke pengadilan. Silap membebel,  nasib tak menyebelahi CW, dn jelas terbukti kalau CW juga tak terlepas drp khilaf. Cuma kali ini khilaf CW harus ditebus dgn ringgit kpd orang yg tersakiti.
Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut tabungan binasa. Sabar ye CW.
Pun begitu, satu sikap terpuji CW, dia adalah anak yg sangat berbakti kpd arwah ibunya. Semoga ada hikmah di sebalik semuanya.  Good luck CW.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalah punya bekas menantu, mentang2 ex FIL kaya raya, nak duit free la tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:32 PM | Show all posts
Semua sebab nak menangkan anak gundu last2 tak untung apa pun.  Cucu2 pun anak kasi balik kat bapak..ha adan uker.  Tapi tak pe lah 150K tu celah gigi je kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 21-6-2024 05:19 PM
Apalah punya bekas menantu, mentang2 ex FIL kaya raya, nak duit free la tu.

Baca kat IG chep, sebelum kes naik court, cep one ada offer 300k utk settle tapi mat saleh ni xnak. Alih2, dpt 150k je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2024 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la gaduh2 nak up kan social media. Aku kekadang rasa nak maki ramai orang tapi kusimpan dalam hati. Tak memasal duit terbang. Tu pasal kalau gaduh laki bini takyah la citer kat mak bapak. Sian mak bapak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 05:56 PM | Show all posts
putriTS replied at 21-6-2024 05:32 PM
Baca kat IG chep, sebelum kes naik court, cep one ada offer 300k utk settle tapi mat saleh ni xnak ...

It is not about the money, it is the principal.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lubuk duit, anak cucu ex menantu patut bersyukur supply duit
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Atok kau chicken chop!

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 21-6-2024 05:56 PM
It is not about the money, it is the principal.

it's not about the money, money, money
we don't need your money, money, money
we just wanna make the world dance
forget about the price tag
ain't about the, uh, kencing-kencing
ain't about the, yeah, b-bling b-bling
wanna make the world dance
forget about the price tag



Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
spring roll on the floor people walk to the school by bus  
-Chef Wannabe-

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 21-6-2024 09:19 AM
Apalah punya bekas menantu, mentang2 ex FIL kaya raya, nak duit free la tu.

Eh kena tuduh memacam kot ex menantu tu. Padan la muka Cepone. Sekalik si Gavin pecah lobs Cepone siap bawak cucu2 tidoq sebilik dengan boipren, abesssss
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 21-6-2024 06:53 PM
kakikuDibibirmu replied at 21-6-2024 06:31 PM
spring roll on the floor people walk to the school by bus  :2lol ...


bidio hok arwah din beramboi ngajar bahase ingris tu kelaka betol, lagi satu citer spontan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 21-6-2024 06:46 PM
bidio hok arwah din beramboi ngajar bahase ingris tu kelaka betol, lagi satu citer spontan tu

Sometimes, Cat Stevens crossed the road also

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruk sgt cep gambarkan perihal menantu. Mendapatlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa dia cakap yang fitnah tu chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 21-6-2024 06:55 PM
Sometimes, Cat Stevens crossed the road also{ ...

  klaka tgk acik harith tgelak
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:33 PM | Show all posts
putriTS replied at 21-6-2024 05:32 PM
Baca kat IG chep, sebelum kes naik court, cep one ada offer 300k utk settle tapi mat saleh ni xnak ...

dia tak hadap duit chef wan...chef ingat semua org dia bole beli...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 07:42 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 21-6-2024 06:34 PM
Eh kena tuduh memacam kot ex menantu tu. Padan la muka Cepone. Sekalik si Gavin pecah lobs Cepone  ...

yes....segala mcm tuduhan dan aib yang chepone tu bentangkan kat socmed pasal menantu ...serta bini baru menantu....and si gavin pun tidak le hadap sgt duit chepone tu....takat sejuta RM utk gavin tu, celah gigi je kot...sbb dia sendiri pun mampu hantar anak2 masuk international school.  it is about principal.  and gavin tu pun tidaklah mencanang kat mana2 socmed melainkan dibentangkan di mahkamah .  and yet....chepone ni still mendabik dada kata dia tak salah, and takat rm150 tu cuma a drop in the ocean.....

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.169677 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list