CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2782|Reply: 8

[Tempatan] Tinggal kerjaya demi bergelar penternak moden

  [Copy link]
Post time 24-6-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Tinggal kerjaya demi bergelar penternak moden
Oleh
NORHASPIDA YATIM
24 Jun 2024 10:47am

Aiman Asyraf memberi makanan berkualiti kepada lembu ternakan bagi menghasilkan daging yang berkualiti seterusnya memuaskan hati pelanggan.

MARANG - Bermula dengan ternakan lembu secara kecil-kecilan, bekas penyelia sebuah syarikat telekomunikasi kini mampu meraih pulangan lumayan hasil ternakan lembu secara fidlot di Kampung Tok Fakir, Merchang dekat sini.

Walaupun sudah memiliki kerjaya tetap, Aiman Asyraf Kamarudin, 33, yang berasal dari Kampung Wakaf Mempelam nekad meninggalkan kerjayanya untuk bergelar penternak moden.

Graduan Diploma Pembuatan, Kolej Universiti TATI (UC TATI) itu mula mengusahakan ternakan tersebut sejak 2018 menggunakan modal hasil perkongsian bersama keluarga.

"Saya mula memelihara lima ekor lembu di kawasan seluas setengah ekar. Ketika itu kami memberi fokus lembu baka Brahman sahaja.

"Selepas projek ternakan ini mendapat sambutan, saya mula menternak lembu sado pada 2022 dengan fokus pengeluaran lembu pedaging baka Charolais dan Limousine.

Aiman Asyraf menyediakan rumput segar sebagai sumber makanan haiwan ternakan.

"Saya lihat usaha ini berbaloi dan kini memiliki lapan ekor lembu sado dari baka Charolais dan Limousine serta 35 ekor lembu baka Brahman yang menjadi sumber rezeki," katanya ketika ditemui di ladang ternakan di sini petang Ahad.

Aiman Asyraf yang turut menubuhkan AIDEN Cattle Farm berkata, minat untuk menceburi ternakan lembu fidlot turut didorong selepas mendapati sebahagian besar bekalan daging lembu di pasaran tempat datang dari negara luar.

Katanya, penternak tempatan hanya mampu membekalkan kira-kira 30 peratus sahaja daripada keperluan bekalan daging negara manakala selebihnya diimport dari luar Malaysia.

g saya menceburi bidang ini dan saya juga tidak terkecuali menerima persepsi negatif daripada masyarakat sekeliling memandangkan saya sudah bekerja dan memilih untuk berhenti serta menjadi penternak," ujarnya.

Menurut Aiman, lembu yang diternak di ladangnya istimewa kerana diberi makanan berkualiti seperti jagung, silaj dan rumput segar selain pallet yang menjadi diet utama.

Aiman Asyraf (kiri) dan Amirul Arsyad menyediakan makanan lembu di ladang ternakan yang terletak di Kampung Tok Fakir, Merchang, Marang.

"Apabila diberi makanan yang berkualiti, tekstur daging terutama daripada baka Charolais dan Limousine lebih bermutu kerana kurang lemak, padat dan lebih lembut.

"Sebab itulah kami sentiasa menerima tempahan awal daripada pelanggan yang ingin mendapatkan lembu untuk tujuan ibadah korban," ujarnya yang memiliki tiga pekerja.

Menurut Aiman, ternakan lembu secara fidlot lebih baik berbanding kaedah integrasi kerana ia ditempatkan di kandang sepanjang masa, mudah dikawal dan tidak merosakkan tanaman penduduk setempat.

Usaha gigih dalam bidang ternakan itu membolehkan Aiman terpilih sebagai calon Penternak Jaya 2024 Peringkat Daerah Marang dan syarikat miliknya, AIDEN Cattle Farm turut diiktiraf sebagai Kandang Bimbingan Jabatan Veterinar Negeri Terengganu

Aiman Asyraf (kiri) bersama adiknya, Amirul Arsyad (kanan) di ladang ternakan mereka di Kampung Tok Fakir, Merchang, Marang.

Katanya, melalui program itu pihak jabatan akan memberi khidmat nasihat, memantau perkembangan ternakan dan menyalurkan bantuan yang sesuai dari semasa ke semasa.

"Boleh dikatakan syarikat kami adalah pembekal utama lembu korban di sekitar daerah Marang.

"Menurut pelanggan, lembu sado baka Charolais dan Limousine di ladang kami lebih baik berbanding jenis sama yang dibeli dari penternak lain," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2024 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
okay.. skrg mmg trend jd peladang dan penternak.. go on..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Usaha tangga kejayaan
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 05:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas anak muda!
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk bukan main sissy, tinggal career kekdahnya sissy.. patutlah pun rupanya setakat penyelia syarikat telekomunikasi jah pun sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 02:16 PM | Show all posts
Pertanian suatu ibadah
Or whatever la slogan pasar tani ittew
Lama tak cemar duli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2024 02:20 PM | Show all posts
pooh~key replied at 26-6-2024 06:20 AM
Tajuk bukan main sissy, tinggal career kekdahnya sissy.. patutlah pun rupanya setakat penyelia syari ...

Tajuk kena la nombo syatu kaka bugi
Macam baru masyuk porum fuleks
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2024 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
yoppoy replied at 26-6-2024 02:20 PM
Tajuk kena la nombo syatu kaka bugi
Macam baru masyuk porum fuleks

Bukan acik forum yang tulis tajuk tu sissy… tajuk tu dari penulis artikel tu sendiri sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2024 02:40 PM | Show all posts
kerja dgn org duit skit...baik usahakan sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Datin Intan Najwa Mengandung
irveneDatin Intan Najwa Mengandung
Views : 3217 Replies : 19
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 38135 Replies : 296
Gadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wajar atau tidak zaman sekarang
YgBenarGadis Nak Bakal Suami Bergaji RM9,000.Wa
Views : 34632 Replies : 214
Update :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh individu yang dikenalinya. ! Anggota Polis Ditahan.Hilang Sejak 10 Julai, Pulis Mohon Bantuan Kesan Nur Farah Kartini
YgBenarUpdate :Nur Farah Kartini Dibunuh oleh i
Views : 172164 Replies : 2845
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 19879 Replies : 294
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
mojarean_XTidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor ke
Views : 18010 Replies : 19
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 31522 Replies : 210
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 91925 Replies : 794
Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Tanya Kim Pan-gon Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya – TMJ
YgBenarTakut kena tembak? Takut kena culik? Tak
Views : 28349 Replies : 92
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat. Sejurus keputusan penggantungan, semua Ahli Parlimen blok pembangkang bangun membaca doa qunut nazillah
mojarean_XWan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan d
Views : 7183 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.073593 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list