View: 4331|Reply: 41
|
[Tempatan]
Kurma sebagai rawatan tambahan penyakit kencing manis
[Copy link]
|
|
Kurma sebagai rawatan tambahan penyakit kencing manis
24 Jun 2024 02:18pm
Shukor menunjukkan kurma Ajwa dan Maryami semasa ditemubual Bernama, dalam usaha mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan terhadap diabetes di UniSZA, baru-baru ini. Foto Bernama
KUALA NERUS - Lazimnya individu yang menghidap kencing manis sering dinasihatkan menghindari diri daripada makan kurma kerana dikatakan mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Namun sekumpulan penyelidik daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menepis persepsi terhadap makanan sunnah itu melalui kajian Rawatan Tibb Bagi Penyakit Kencing Manis, dengan mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan kepada diabetes.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UniSZA, Prof Dr Shukor Abd Razak berkata, penyelidikan selama tiga tahun bermula November 2023 itu merangkumi kajian terhadap keberkesanan kurma sebagai rawatan sokongan dengan melibatkan pesakit kencing manis di Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) dan Pusat Rawatan Darul Syifa di Kuala Nerus.
"Sebelum ini pesakit kencing manis sering dinasihatkan perlu beringat sekiranya ingin memakan kurma kerana terdapat risiko berlakunya perubahan pada kandungan gula dalam darah.
"Namun telah terdapat banyak kajian berkaitan kurma dijalankan di luar negara yang menolak dakwaan tersebut malah kebanyakan kajian mendapati kurma mempunyai banyak zat yang diperlukan untuk kesihatan seperti magnesium, kalsium dan zat besi,” katanya kepada Bernama di sini.
Shukor berkata, projek penyelidikan yang menerima dana RM300,000 daripada UniSZA itu menggabungkan kepakaran pelbagai bidang pengetahuan daripada Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Fakulti Perubatan.
Selain kebaikan kurma dalam membantu pesakit kencing manis, beliau berkata antara kajian bakal dirungkai melalui penyelidikan ini adalah bahan-bahan rawatan lain yang terkandung dalam kitab Melayu klasik seperti herba bagi penyembuhan kencing manis, amalan perubatan Islam yang berkesan, rawatan sokongan secara teori dan pratikal, serta cabaran perlu dihadapi jururawat dalam membantu pesakit diabetes Muslim melakukan ibadat seperti solat sepanjang berada di hospital.
"Penyelidikan ini bukan bermakna kita menidakkan rawatan secara klinikal. Kita tetap memberikan rawatan klinikal terlebih dahulu sebelum memberi tawaran kepada pesakit sekiranya mereka ingin mencuba rawatan tambahan melalui kaedah memakan kurma ini.
"Pesakit yang bersetuju akan berjumpa dengan perunding kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah memakan kurma,” katanya.
Shukor (tiga dari kanan) bersama penyelidik semasa ditemubual Bernama, dalam usaha mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan terhadap diabetes di UniSZA, baru-baru ini. Foto Bernama
Melalui penyelidikan ini katanya, dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi pihaknya menjangkakan dapat menghasilkan penemuan dan penyelesaian holistik bagi mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di Malaysia yang kini merupakan antara pembunuh utama rakyat di negara ini.
Selain itu katanya, rawatan kencing manis melalui amalan pengambilan kurma juga dijalankan dengan hasrat untuk memartabatkan rawatan Islam.
Sementara itu, perawat dan tenaga pengajar Pusat Rawatan Darussyifa (Darussyifa) Kuala Nerus, Prof Madya Dr Berhanuddin Abdullah berkata kurma telah dijadikan makanan tambahan buat pesakit kencing manis di pusat rawatan Islam berkenaan sejak dua tahun lepas.
Dr Berhanuddin ditemubual Bernama mengenai usaha mengangkat kurma sebagai rawatan tambahan terhadap diabetes di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), baru-baru ini. Foto Bernama
"Kurma ini bersifat serat dan ia boleh menghapuskan gula yang tidak elok serta menggantikan gula yang bertenaga untuk badan. Kita dapat lihat betapa kuatnya jemaah yang melakukan ibadah umrah dan haji di tanah suci kerana memakan kurma.
"Untuk pesakit telah lama menghidap kencing manis dan mengalami kandungan gula tinggi, kita akan nasihatkan untuk memakan kurma Mariami yang isinya lebih keras dan kurang manis berbanding kurma Ajwa yang lebih lembut serta manis,” katanya.
Beliau berkata, pesakit disarankan untuk mengambil antara satu hingga lima biji kurma setiap hari, bergantung kepada tahap kandungan gula masing-masing.
"Kebiasaannya untuk pesakit yang perlu mengambil suntikan insulin dengan dos tinggi, kita akan nasihatkan untuk memakan lima biji kurma sehari bagi mengelakkan mereka mengalami gejala hipoglesemia akibat dos insulin yang tinggi,” katanya. - Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku klu dgr utk perubatan holistik ni, auto otak aku kata scam. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
bkn ke kurma tu manis
aritu xsempat nk try letak butter tu..i bkn selalu mkn kurma..time posa pun mkn awl awl je..xsuka sbb manis |
|
|
|
|
|
|
|
Consume dried fruit? Facepalm.
Uols yg ada diabetes selain pantang semua jenis gula boleh masukkan cincau atau serbuk kulit kayu manis dlm menu2 harian, jgn lupa ikut sukatan yg dibenarkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah menuju ke usia senior ni makin tak mampu nak jamah kurma sebiji pun tak tahan manis. Awal2 puasa puas paksa diri dpt mkn 2 3 hari je pastu simpan je le. Skrg mmg tak beli dah |
|
|
|
|
|
|
|
Akak punya la tanak makan kurma ni sbb manis risau gula dlm darah tinggi
Tiba dia kata leh jd rawatan utk kencing manis plak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak silap, lain jenis kurma lain kandungan gula. Dalam artikel atas pun dia sarankan Mariami sebab kurang manis berbanding Ajwa.
Macam madu, kelulut kurang kandungan gula berbanding madu biasa atau madu bunga.
Biasanya buah yang muda dan masam kurang kandungan gula berbanding yang masak ranum.
Okay lah tu, takde gula langsung pun boleh hypo. Better makanan semula jadi daripada serbuk2 proses pastu rosak buah pinggang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bulan puasa aku biasa beli safawi. So next time puasa kena beli kurma mariami nampaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
try makan sebijik kurma tengok gula meroket sampai mana |
|
|
|
|
|
|
|
Cer try edarkn sekotak sorang kat pesakit kcg manis kat spital. Baru boleh kaji berapa org yg sembuh atau selamat dikebumikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok gambar,hati hitam iols berkata,
Produk tunggang jugak ni |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 24-6-2024 05:37 PM
Dah menuju ke usia senior ni makin tak mampu nak jamah kurma sebiji pun tak tahan manis. Awal2 puasa ...
Iols mmg tk boleh telan kurma dari levik sampai la dh tua skrg atas sebab²:
- teringat kat lipas
- manis melecas sampai gigi sakit
- melekat kat gigi mcm makan daging
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejak xamik gula putih utk diet, mmg mkn buah2an as source of sugar. Mmg aku akan craving kurma. Mmg x ske mkn kurma, tp sejak stop gula putih, inilah source of sugary. Baru aku tau nikmatnye kurma.
Tp aku xde diabetic. Byk gak aku bantai makan, kdg smpi 10 bijik. Alhamdulillah, byk da penurunan berat badan aku. Ade la turun 10+kg.
Aku bkn penunggang, tp mmg betul la ape Rasulullah SAW ckp, rumah yg ade kurma xkan lapa dan makan kurma masa buka pose tu. Mmg energy booster.
Stop perlahan2 gula putih, setiap kali craving bende manis, amik dan pakse je mkn kurma. Smpi nnt satu saat, kte akan craving kurma. Sedap wooo.. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 24-6-2024 08:10 PM
Iols mmg tk boleh telan kurma dari levik sampai la dh tua skrg atas sebab²:
- teringat kat lipa ...
Lipas? Sbb bentuk ke ada kenangan pahit dgn lipas & kurma ni
Ingatkan aiol je yg kena lekat dkt gigi. Terganggu hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Iols je ke kalo makan kurma rs mcm energetic lain macam ?? Pernah sekali makan kurma pkul 11 malam mcmtu sekali hambek ko xleh tido rs nak berjalan je |
|
|
|
|
|
|
|
Prof syukor maap le rupa sendiri pun cam x sihat.
Jemaah haji bukan makan kurma je.. Ni sepupu kat sana duk update hari2 makan apa, mengalahkan duk mesia semua ada. Malam ni puyuh goreng. Kalau makan kurma semata mau padam. |
|
|
|
|
|
|
|
kurma ajwa mmg bagus
rega pun blh tahan mahal
|
|
|
|
|
|
|
|
nutcrack8 replied at 24-6-2024 08:11 PM
Sejak xamik gula putih utk diet, mmg mkn buah2an as source of sugar. Mmg aku akan craving kurma. Mmg ...
Gula dalam buah-buahan pun tinggi jugak sis kandungan dia.sampai 10 bijik kurma chuols makan?wow!
Iols kalau makan kurma,beli yg fresh tu,xdelah manis mcm kurma yg diawet mcm bentuk lipas tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|