CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7992|Reply: 65

[Tempatan] Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP

[Copy link]
Post time 25-6-2024 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Perkahwinan dan memiliki anak adalah suatu fitrah dan memiliki tujuan tersendiri dalam syariat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pasangan yang mengambil keputusan tidak mahu mempunyai anak kerana terpengaruh dengan fahaman 'childfree' disifatkan sebagai bertentangan dengan tujuan utama perkahwinan.

Malah, pasangan yang menjadikannya sebagai gaya hidup terbaik yang bebas daripada sebarang tanggungjawab serta sebagai prinsip hidup yang menafikan fitrah manusia itu juga tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW untuk meramaikan umat Islam yang berkualiti.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak tanpa sebarang sebab yang diambil kira oleh syarak seperti keinginan untuk bebas daripada sebarang tanggungjawab, maka perbuatan tersebut adalah makruh.


"Manakala, pasangan yang memilih untuk tidak mempunyai zuriat selama-lamanya bahkan melakukan apa sahaja cara termasuk prosedur perubatan bagi menghilangkan kemampuan reproduksi (pemandulan kekal) dan menggugurkan kandungan tanpa pengesahan doktor perubatan dan sebab-sebab yang dibolehkan oleh syarak, maka perbuatan tersebut adalah haram," kata Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Bagaimanapun, kenyataan itu turut memaklumkan mengenai pasangan yang bersetuju untuk tidak memiliki anak atas sebarang sebab yang diambil kira oleh syarak.

"Lebih-lebih lagi jika terdapat kemudaratan dan keuzuran seperti menyebabkan kematian, menyebabkan keadaan penyakit bertambah teruk dan sebagainya, maka hukumnya adalah harus dengan syarat kaedah pencegah kehamilan tidak mendatangkan mudarat dan bertepatan dengan syarak," katanya.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memaklumkan, perkahwinan dan memiliki anak adalah suatu fitrah dan memiliki tujuan tersendiri dalam syariat.

Tambah kenyataan itu, Islam juga tidak mewajibkan pasangan memiliki anak dan juga tidak melarang untuk tidak memiliki anak.

"Berdasarkan penelitian, pada dasarnya persetujuan antara suami isteri untuk tidak memiliki anak atau 'childfree' adalah diharuskan sekiranya terdapat kemaslahatan khusus buat pasangan tersebut.
"Pilihan ini mestilah mendapat persetujuan bersama kerana memiliki anak merupakan hak bagi setiap individu yang berpasangan," katanya.

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menasihatkan pasangan yang ingin berkahwin untuk membuat perancangan keluarga bahawa kehadiran anak dalam keluarga adalah anugerah dan bukan suatu bentuk bebanan.

"Bahkan ia berpotensi menjadi sumber kelangsungan pahala buat ibu dan bapanya.
"Sebagai seorang Muslim, perkahwinan dilihat sebagai wasilah mencapai kesempurnaan agama termasuklah dalam urusan memiliki anak jika difahami dan diusahakan sebaiknya," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Zmn skrg relevan jer org tk nk ada anak. dgn kerjaya lagi. kos hidup pun makin mahal. setakat bantuan kerajaan yg berapa sen kemudian tarik balik subsidi tu, baikla hidup aman2 urus mental health sendiri jer.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 11:32 AM | Show all posts
sexual stress is real, sebab tu lelaki dan wanita zaman kini banyak melancap...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah child free..dr ada anak xleh nk jaga...pas tuh blh kurangkan konsep ank luar nikah...kan???hapooo..zaman skrg ank is duit? Esok dh lahir takkan nk bg pasir? Takkan nk sekolah dr rumah jer?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu kalau dah tak sefahaman, bila bercerai pun senang. Tak payah susah2 nak merempan kat sosmed kalau tak dapat nafkah anak.
Meols tak childfree, cuma ada satu anak. Bila dia dah kerja, barulah meols boleh menikmati hidup, vacation setahun 4-5 kali, nak beli apa2 pun takde fikir pasal anak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
terpulang la acik2 porem dekat atas ni dekat pasangan yg nak ada anak atau tak.. bukan korang yg kena tanggung anak dorang pun.. bukannya anak tu keluar dari bughit korang pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2024 12:35 PM | Show all posts
aku ok je klu ada yg nk childfree...hak masing2...sbb mmg ada org xlayak ada anak pun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan childree
Family planingg
Guna la istilah yang lebih sedap didengar
Lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 01:16 PM | Show all posts
Edited by bottombikini at 25-6-2024 01:18 PM

zaman skrg ni kita kena terima pilihan hidup org

jgn fikir terpaling nak org dgr and ikut pendapat kita
pagi tadi topik ni kat suria
ada cikki tu mcm nak kawan dia yg berfahaman childfree ikut style hidup dia
eh tak bole ke kau haah kan aje pilihan dia
esok2 mana tau tiba2 dia rasa nak beranak
hati kita ni kan mudah berbolak balik

kat opis aku pun ada yg tak nak beranak
pas kawin nak chill2 je dulu katanya
aku cakap senang je.. sukati ko la deknon


Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 01:18 PM | Show all posts
Edited by aechae at 25-6-2024 01:20 PM

Klu belum kawin, tp dh plan siap2 nnt kawin xnk anak, it's a NO okkeh,

Klu dh kawin, tp bru sedar hidup ni keras, xmampu itu ini, plan lh dlu...smpai msa usahalah.

Niat daripada awal nk kawin tu sbb nk zuriat okehh...lmbat ke cepat ke kawin, niatkn aja n usaha, doa n tawakal jelah...

Yg overnya, ko mencanang merata xnk anak, xnak anak...diam sudah.

Iols kawin lmbat, pn iols doa je klu Allah nk bg rezeki anak, semoga rezeki tu hadir bila tiba msa yg tepat.. xkisah lh org nk ngta dh tua bru nk anak, bru pregnant ke apa, mmg i doa spesifik gtu kt Allah n pada-Nya iols serah semua.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 01:20 PM | Show all posts
"pada dasarnya persetujuan antara suami isteri untuk tidak memiliki anak atau 'childfree' adalah diharuskan sekiranya terdapat kemaslahatan khusus buat pasangan tersebut."

acik2 kalau malas baca artikel penuh, harap dapat baca yang ini pun jadilah. Kalau tak mampu tak paksa pun membiak, takde isu sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jika pasangan bersetuju untuk tidak memiliki anak tanpa sebarang sebab yang diambil kira oleh syarak seperti keinginan untuk bebas daripada sebarang tanggungjawab, maka perbuatan tersebut adalah makruh.

Makruh je kan... Macam haram pulak tajuk beritanya.

Anyway... Haram tak kalau tak mampu menafkahi anak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 03:28 PM | Show all posts
Apa apa saja lahhhhh

Janji korang hepiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 25-6-2024 01:16 PM
zaman skrg ni kita kena terima pilihan hidup org

jgn fikir terpaling nak org dgr and ikut pendapat  ...

I stuju bab hati manusia ni berbolak balik.. mana tau yg tak nak anak sekarang ni dibukakan hati kmudian..

lepas tu acik2 bising anak bersusun mcm anak tangga pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang sakit kencing manis, buah-buahan yang sepatutnya merupakan nikmat pun berubah menjadi bala. Penyakit orang M'sia sekarang ialah ekonomi kapitalis, sampai anak yang sepatutnya satu rahmat sudah bertukar jadi bala dan azab.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 03:52 PM | Show all posts
KakRumiMenari replied at 25-6-2024 07:35 AM
I stuju bab hati manusia ni berbolak balik.. mana tau yg tak nak anak sekarang ni dibukakan hati k ...

Haah, aku antara yang tak gemor nengok jenis bangga anak macam teritip ni hahahaha.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2024 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdoa jelah nak anak bila tepat masanya..
Tapi kalau mulut kata nak childfree sebab nak sedapkan hati padahal tak leh lekat2 lagi.. takyahla sembang kencang sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa anak sorang dua is just nice....
Masih buleh travel overseas sebulan sekali....  or 4-6X setahun...

Education anak2 sampai tertiary pun mampu fully funded....

Asalkan ko tak susahkan orang lain... why bother menyibuk tentukan hidup org
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 perlu ada (tp takyah ramai) utk aku, suami aku, adik aku & SIL aku wariskan harta2 legacy...


Nasib baik keturunan kami ramai boys... mangkuk2 tamak lain tak perlu berangan terliur harta2 kami..

Dah cukup lah apa yang ada skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2024 04:15 PM | Show all posts
CoffeeOverdose replied at 25-6-2024 03:30 AM
Zmn skrg relevan jer org tk nk ada anak. dgn kerjaya lagi. kos hidup pun makin mahal. setakat bantua ...

kalau anak tu besar as penagih dadah di bunuhnya kita
satu sen tak guna.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.074438 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list