CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26330|Reply: 12

Mas Khan dah bertunang, kahwin 25 Mei tahun depan

[Copy link]
Post time 18-7-2024 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by akuMNdia at 18-7-2024 10:14 AM



Kuala Lumpur: Pelakon, Mas Khan mengesahkan sudah bertunang dengan ketua pramugari sebuah syarikat penerbangan, Anatasha Diana, 27, dalam satu majlis tertutup di sebuah restoran, di sini, pada 13 Julai lalu.

Mas Khan berkata, selepas hampir setahun menutup pintu hatinya apabila melalui episod perpisahan dengan usahawan, Diana Nasimuddin, dia akhirnya menemui wanita pilihannya yang dikenali sejak lima bulan lalu.

"Selain bekerja sebagai pramugari, Anatasha juga adalah tenaga pengajar selam scuba. Jadi, ketika saya nak ambil lesen scuba, saya minta dia untuk mengajar saya.

"Sejak itu kami mula berkenalan dan akhirnya kami bersepakat untuk melangkah ke fasa pertunangan. Sebelum ini saya memang tak beri ruang kepada mana-mana wanita untuk mengenali saya secara dekat sebab saya pernah bertunang dan akhirnya hubungan kami tidak berjalan dengan baik.

"Walaupun saya ada mengenali beberapa wanita sebelum ini, tapi hubungan itu hanya sekadar kawan. Namun entah mengapa Anatasha ini cukup istimewa dan saya terus jatuh cinta dengannya.

"Saya suka dengan keperibadiannya yang pandai memasak serta bertanggungjawab. Kami juga berkongsi cerita yang sama kerana masing-masing menjaga ibu.

"Malah kami selalu berkongsi cerita dan masalah bersama. Saya nampak bagaimana dia menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak serta tidak pernah mengharapkan lelaki untuk hidup," katanya kepada Harian Metro.

Pada majlis pertunangan yang dihadiri kedua-dua belah keluarga, saudara-mara dan teman terdekat, Mas Khan dan Anatasha menyerahkan lima dulang hantaran.

Lebih istimewa, pada majlis pertunangan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan pada 25 Mei tahun depan kerana tarikhnya yang cantik iaitu 25525.

Menurut Mas Khan, dia mengaku tidak banyak berkongsi kisah hubungan cintanya dengan Anatasha di media sosial.

"Apa yang berlaku sebelum ini saya banyak belajar. Saya tidak menyalahkan sesiapa, tapi saya ambil pengajaran daripada setiap hal yang terjadi.

"Kenapa saya memilih untuk tidak berkongsi dengan siapa saya berkawan, sebab tak nak ada pihak lain yang bercerita buruk pasal saya kepada tunang saya ini.

"Saya akui ada pihak yang sengaja menyebarkan cerita palsu seperti mendakwa saya 'playboy' serta bercerita hal buruk yang saya tak pernah buat atau kesalahan yang pernah dilakukan dulu tapi seolah-olah hal itu baru terjadi.

"Saya pun tak nak dia diserang kerana seeloknya biar saya dan dia saja menyelesaikan setiap masalah itu bersama-sama.

"Lagipun sekarang ini kita tengok orang tayang kebahagiaan di media sosial, tapi hakikatnya mereka berdepan masalah dan bercerai. Jadi lebih baik saya 'simpan' kisah kami ini, dan sekarang sudah pun bertunang," katanya.

Mas Khan pernah menjalin hubungan cinta dengan Diana dan dilaporkan mengikat tali pertunangan pada November 2021.

Bagaimanapun pada awal tahun lalu Mas Khan mengesahkan sudah kembali solo sekali gus menjawab dakwaan hubungannya dengan Diana sudah berakhir.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 10:22 AM | Show all posts
ok laa sesuai.. alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepadan..dengan ex mcm mak dgn anak buah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2024 10:42 AM | Show all posts
Diana dgn siapa pulak lepas dgn mamat nih?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 06:55 PM | Show all posts
perempuan jugak yang kesian. kesimpulannya, jangan jadi murah sangat walaupun kaya berduit
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai brooch ke tu mcm ambani haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm iras Diana Nasimuddin, mmg taste dia sebegitu la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
gigiihhhh explain tertutup hati bagaiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2024 02:07 PM | Show all posts
None68 replied at 18-7-2024 07:11 PM
Mcm iras Diana Nasimuddin, mmg taste dia sebegitu la.

xde laa xde iras langsung pun,
yg iras nama jer ada diana juga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 03:18 PM | Show all posts
La, dah berpisah ke dgn Naza clan? Tgk kat tt tu nama Diana jugak, ingat dah tunang dgn Diana Naza tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm bapok je pompuan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
None68 replied at 18-7-2024 07:11 PM
Mcm iras Diana Nasimuddin, mmg taste dia sebegitu la.

aah nampak muka lebih kurang
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 19-7-2024 05:20 PM
aah nampak muka lebih kurang

Ye mata saya nmpk cenggitu..so mmg taste MK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.521731 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list