CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29763|Reply: 25

Dulu Tak Ambil Peduli Soal Agama, Sekarang Nak Anak Jadi Ustazah!

[Copy link]
Post time 22-7-2024 09:52 PM | Show all posts |Read mode


"Keutamaan untuk anak adalah pelajaran dan saya juga mahu terapkan dengan asas agama. Sasaran untuk masa hadapan, saya mahu anak jadi ustazah.

KUALA LUMPUR: Pasangan Fuad Rahman dan Tom sepakat menerapkan didikan agama terbaik buat puteri sulung, Anggun.

Fuad berkata, dia dan Tom mahu anaknya yang kini berusia lima bulan itu mendapatkan pendidikan terbaik dan mampu bergelar ustazah pada masa hadapan.

"Saya memang dilahirkan sebagai pemuzik dan keluarga juga dalam bidang ini. Keluarga juga memang mengutamakan agama. Jadi, saya juga mahu jadikan anak seorang yang baik," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Fuad tidak menolak sekiranya anaknya mahu terbabit dalam bidang muzik sepertinya dan Tom.

"Saya mahu anak lebih fokus agama dan saya mahu ajar pendidikan agama. Tapi, bila besar hendak jadi penyanyi dan bermain muzik boleh teruskan, tapi paling penting, pelajaran perlu seiring," katanya.Sementara itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, dia mula mendapat kesedaran untuk lebih menekankan aspek agama selepas berkahwin dengan Fuad.

"Sebelum ini, saya tak banyak titik beratkan agama dan tak berapa ambil berat. Bila berkahwin dengan Fuad saya banyak belajar perkara yang tak pernah tahu.

"Muzik adalah muzik, tapi saya mahu anak-anak tahu mengenai agama. Kalau boleh saya mahu sangat anak jadi ustazah. Mungkin saya bukan seperti itu, mana tahu anak ada rezeki ke arah lebih baik.

"Sebab dulu saya tak ambil peduli soal agama. Dulu saya banyak tak tahu dan sekarang dapat banyak belajar daripada Fuad.

"Jadi, saya mahu anak-anak juga mendapat kebaikan bersama," katanya ditemui selepas menjayakan Konsert Rockestra Lagenda di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, di sini, semalam.

Pada 18 Februari lalu, Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara pembedahan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, kira-kira jam 2.30 pagi.

Tom dan Fuad berkahwin di Batam, Indonesia pada 23 Februari tahun lalu. Pasangan ini pernah menjalinkan hubungan cinta pada 2005, namun ikatan terputus, lima tahun kemudian.

Hubungan Fuad dan Tom kembali bertaut selepas terbabit dalam program realiti, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada 2022.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2024 11:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu nya apa sih?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuad berkata, dia dan Tom mahu anaknya yang kini berusia LIMA BULAN itu mendapatkan pendidikan terbaik dan mampu bergelar ustazah pada masa hadapan

jauh lg perjalanan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe lah..iols doakan lah..
Tapi poad n tom.kenalah sama sama mendalami juga ilmu agama
Bila anak tengok mak ayah kerap ke majlis agama..anak2 pung akan biasa dgn suasana begitu....
Jangan.la.kau hari2 karok..tp kau soh anak kau baca quran..
Mana mau nyeee
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-7-2024 04:06 PM
Fuad berkata, dia dan Tom mahu anaknya yang kini berusia LIMA BULAN itu mendapatkan pendidikan terba ...

Che ta pun mau anak jadi ustajah...
A i ols amin kan aje

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2024 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi I, pendidikan terbaik mula dari rumah. Anak2 ni dia membesar ikut apa yang dia nampak, dengar, & lihat di rumah..

Kalau parents nak anak jadi ustaz ustazah, parents tu dulu yang perlu ubah gaya hidup towards keagamaan. Nak anak rajin baca buku, parents tu dulu yang kena rajin baca buku. Kalau nak anak rajin belajar, baca buku, tapi parents tiap hari tengok tv atau main fon, memang anak taknak baca buku sebab dia tak nampak contoh tu, dia tak nampak bestnya baca buku ni sebab parents pun tak pernah baca buku
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi, apa kena mngena guna cover thread gambar ustazah Asma?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
I aminkan
Bagus la begitu
Moga kita ke arah itu juga

Porumer sila jgn kecam
Kang ade yg cakap nak anak jd ahli mozik, porumer kecam gak...nak anak jadi setazah pon kena kecam
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 08:56 AM | Show all posts
ramai pikir yg anak ni kira2 cam bas ekspres ke sorga
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 09:00 AM | Show all posts
ada juga sedetik di hati mereka nak lihat ada 'syurga' di rumah. ada baiknya dari cita2 nak anak ikut jejak jadi artis....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 09:13 AM | Show all posts
jd setezah pilih bulu kentot faraj
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 09:20 AM | Show all posts
Maybe anak ni adalah titik permulaan untuk tom & fuad berubah..harap tom & fuad dapat tunjuk tauladan yang baik untuk anak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
X perlu nk jadi ustaz, ustazah. Bagi je didikan agama yg cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 09:54 AM | Show all posts
iols aminkan je
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 23-7-2024 07:23 AM
Che ta pun mau anak jadi ustajah...
A i ols amin kan aje

cara dia didik ecah skrg xmcm nampak pun ciri ciri nk jd setajah..ke ada? xnmpk pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 10:14 AM | Show all posts
tapi apa salahnya niat yg baik
bila tengok anak arwah Sharifah Aini
& anak2 artis lain yg elok menjaga diri
pandai2 plk tu
mcm anak Ziela Jalil yg skrg dkt Ireland
anak Zulkifli pelakon drama
anak Rita
anak Fauzi Nawawi pun
just to name a few
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:34 AM | Show all posts
seluruh warga porum dan netijem rakyat malaysia mendoakan moga dikabulkan.
aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa tepek gambar Ustazah Asma pula..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nsunshine replied at 23-7-2024 07:48 AM
Tapi, apa kena mngena guna cover thread gambar ustazah Asma?

tuler...Igt ustajah backup baik punya geng2 dia yg terpilih..hahaahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046880 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list