CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9122|Reply: 0

[Sarawak] Pembinaan jambatan Kampung Selampit dijangka bermula Oktober

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:44 PM | Show all posts |Read mode


BILLY SUJANG

LUNDU: Kerja-kerja pembinaan jambatan Kampung Selampit dijangka bermula Oktober ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang.

Menurut Billy, surat setuju terima (LOA) projek  telah diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada 21 Ogos lalu kepada kontraktor bertanggungjawab.

"Kontrak bermula pada 4 September iaitu dua minggu selepas LOA diserahkan dan kerja-kerja pembinaan bermula pada Oktober," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong di sini, hari ini.

Terdahulu Billy menyertai Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa perahu karam membabitkan pelajar sekolah itu dari Kampung Selampit.

Ujar Billy lagi, projek jambatan sepanjang 200 meter itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun sebaik bermula Oktober ini dengan kos RM27.9 juta.

Ini termasuk pembinaan jalan akses baharu sepanjang 1.2 kilometer dengan kos tambahan RM17 juta.

"Kita juga akan membuat bayaran pampasan kepada pemilik tanah yang terjejas dalam masa terdekat dan majlis pecah tanah dalam pertengahan bulan September ini," katanya.

Sementara menunggu jambatan itu siap, Billy berkata beliau akan menyediakan perahu tambang baharu untuk penduduk dengan peruntukan di bawah Agensi Penyelaras Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Perahu itu katanya, dibuat khas untuk kegunaan penduduk dengan ciri-ciri keselamatan  dan akan diserahkan dalam masa terdekat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060172 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list