CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10896|Reply: 0

[Sarawak] Kes saman Yong ke atas Sim selesai secara baik

[Copy link]
Post time 29-8-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode


Sim (kiri) dan Yong berjabat tangan selesai mencapai kata sepakat di mahkamah, hari ini.

KUCHING: Kes saman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Violet Yong terhadap Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan Dato Sim Kiang Chiok selesai apabila kedua-dua pihak bertindak mencapai persetujuan dengan memeterai 'Deed of Settlement.'

Perbicaraan kes itu sepatutnya diteruskan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Leonard David Shim dengan memanggil Michael Kong sebagai saksi hari ini.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak mencapai kata sepakat di mahkamah dan akhirnya bersetuju untuk menyelesaikan saman itu secara baik berdasarkan kepada syarat-syarat penyelesaian yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Terdahulu, Yong menuntut Sim memohon maaf kerana melabelkannya sebagai 'pengkhianat Sarawak' dalam catatan Facebook Sim bertarikh 29 April 2021, mengenai beberapa isu membabitkan pembiayaan untuk membaiki atau menggantikan sekolah usang di Sarawak.

Pada 7 Mei 2021, surat tuntutan telah disampaikan kepada Sim daripada Chong Brothers Advocates yang menuntut permohonan maaf dibuat di beberapa platform berhubung siaran Facebook Sim.

Kata sepakat hari ini dicapai antara peguam Yong iaitu Chong Siew Chiang bersama Hii Yiik Yew, Sim Kiat Leng dan Sharon Lo Min Hui serta peguam Sim iaitu Tony Ling Lee Tom bersama Nathan Ting.

Sebagai sebahagian daripada ‘Deed of Settlement’ itu, Sim selaku defendan bersetuju membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif.

Menerusinya, defendan (Sim) hendaklah menyiarkan dan ‘pin’ permohonan maaf secara terbuka di halaman Facebook peribadinya untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh hari bermula dari tarikh ‘Deed of Settlement’ seperti berikut;

“Saya, Sim Kiang Chiok, dengan sesungguhnya mengumumkan bahawa hari ini saya telah menyelesaikan secara baik saman yang dibawa oleh YB Violet Yong Wui Wui terhadap saya berhubung catatan Facebook saya pada 29 April 2021.

“Walaupun hantaran itu menyentuh keadaan sekolah usang di Sarawak dan merupakan perkara menarik minat umum di hati rakyat Sarawak, saya kesal menyifatkan YB Violet Yong Wui Wui dalam hantaran tersebut; yang menyinggung perasaan dan tidak sesuai.

“Saya kesal, menarik diri, dan memohon maaf kepada YB Violet Yong Wui Wui atas hantaran tersebut tanpa syarat.”


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.056970 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list