CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51638|Reply: 0

[Sarawak] Sumbangan kepada isteri mangsa kebakaran kilang di Samalaju

[Copy link]
Post time 1-9-2024 05:55 PM | Show all posts |Read mode




Steven (kanan) menyampaikan sumbangan kewangan daripada Tiong kepada isteri Allahyarham Mohd Fadillah iaitu Siti Hazareena.

BINTULU: Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada isteri mangsa kebakaran sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju, Allahyarham Mohd Fadillah Saliman, 33, pada Khamis.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong Kai Seng kepada Siti Hazareena Nurhisham, 32, semasa mengunjungi keluarga Allahyarham untuk menyampaikan ucapan takziah dan simpati serta sokongan yang mendalam daripada Tiong.

Allahyarham Mohd Fadillah merupakan seorang juruteknik kanan kilang tersebut adalah salah seorang mangsa yang mengalami kecederaan teruk dalam insiden kebakaran kilang di Samalaju yang berlaku pada 14 Ogos.

Selama 15 hari menerima rawatan di Hospital Bintulu, Mohd Fadillah telah menghembus nafas terakhir pada Khamis akibat kecederaan serius dalam insiden itu.

Dengan wang sumbangan itu Steven berkata, Tiong berharap ia dapat memberikan sedikit sokongan kepada ahli keluarga Allahyarham Mohd Fadillah dalam melalui tempoh yang sukar tersebut.

Isteri seorang suri rumah serta tidak bekerja mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Fadillah dikurniakan tiga cahaya mata berusia 10 bulan, dua tahun dan tujuh tahun.

Justeru Steven berkata, Tiong turut berharap ahli keluarga Allahyarham terus kuat untuk menghadapi dugaan sukar itu dalam meneruskan kehidupan.

Pada masa sama katanya, Tiong kini sedang menjalankan tugas rasmi di luar negara serta memaklumkan apabila kembali dari tugasan akan segera memanggil semua pihak berkaitan serta agensi-agensi termasuk kilang tersebut untuk mendapatkan maklumat sebenar kejadian.

Katanya, Tiong turut menuntut agar langkah-langkah keselamatan diperketat bagi mencegah kejadian serupa berulang di masa depan sekali gus memastikan nyawa dilindungi dan pekerja dapat bekerja dalam persekitaran yang selamat tanpa rasa bimbang.

Dalam kejadian itu, 10 orang cedera dengan empat melecur, selepas kebakaran berlaku di bahagian bawah tangki reaktor sebuah loji di kawasan itu.

Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang itu sebelum ketibaan pasukan bomba.

Susulan kejadian itu, empat mangsa yang cedera ditempatkan di unit rawatan rapi, tiga mangsa di unit rawatan melecur, dan tiga mangsa lagi dirawat di wad pembedahan di Hospital Bintulu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.149435 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list