CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52096|Reply: 0

[Sarawak] Lagu 'Biar Berkikis Bulu Betis' bergema di Putrajaya

[Copy link]
Post time 1-9-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode


Seramai 100 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional membawa Jalur Gemilang berukuran 80x40 kaki pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya hari ini.-Gambar BERNAMA

PUTRAJAYA: Aku enda peduli, Aku enda ngira rugi, Seagi aku enda puas ati, Biar aku ambis bekikis bulu betis.

Itu antara lirik lagu popular Iban berjudul 'Biar Bekikis Bulu Betis' oleh penyanyi terkenal kaum itu Penghulu Andrewson Ngalai Asom, yang turut melatari persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Lagu tersebut sering dimainkan pada pesta atau keramaian di Sarawak, dipersembahkan menerusi slot persembahan Malaysia MADANI, yang turut melibatkan lagu dari Negeri di Bawah Bayu bertajuk 'Original Sabahan'.

Walaupun tidak dapat menyaksikan secara langsung persembahan lagu itu, Andrewson mengaku selaku komposer dan penulis lirik lagu itu, beliau berasa bangga serta gembira kerana karya seninya terpilih untuk dimainkan pada sambutan penting negara.

"Lagu ini untuk kita semua dan saya sentiasa bersedia untuk berkongsi lagu yang sinonim dengan kami di Sarawak dengan semua... malah, saya berbangga apabila kaum lain juga boleh menikmati lagu ini.

"Pemilihan lagu ini juga dapat mendekatkan kami di Sarawak dengan semua rakyat Malaysia. Ini satu penghargaan kepada usaha saya mencipta lagu Biar Bekikis Bulu Betis dan sumbangan kecil untuk merapatkan hubungan kita semua," katanya kepada Bernama semasa dihubungi hari ini.

Lagu yang dikeluarkan pada 2003 itu antara lain mengisahkan kesungguhan seorang lelaki memikat wanita diminatinya, dan menjadi semakin sohor dalam kalangan rakyat luar Sarawak selepas sering dimainkan pada Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada September tahun lepas.

Selain itu Biar Bekikis Bulu Betis juga menjadi simbol perpaduan perpaduan dan penyatuan hubungan antara rakyat Bumi Kenyalang dengan negeri lain, termasuk pada penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang berlangsung di Sarawak baru-baru ini.

Menerusi video tular di platform media sosial, lagu itu melatari tarian poco-poco antara atlet Sarawak bersama atlet negeri lain.- BERNAMA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.094109 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list