View: 16540|Reply: 101
|
‘Anwar tak profesional, patutnya jumpa saya secara berdepan’ - Noraniza Idris
[Copy link]
|
|
Penyanyi Noraniza Idris mengakui jualan tiket konsert Qalam Noraniza Idris terjejas selama tiga hari gara-gara kontroversi penarikan diri bekas pengarah persembahan dan penulis skrip konsert berkenaan.
Menurut Ratu Irama Malaysia itu, selain jualan tiket terjejas, dia turut berdepan dengan kecaman negatif dalam media sosial.
“Reputasi saya terjejas apabila isu ini disebarkan sehingga menyebabkan jualan tiket konsert saya terjejas selama tiga hari.
“Orang tuduh saya jahat. Agak teruk juga makian dan kecaman yang diterima ketika saya bersiaran langsung di TikTok. Orang yang hormat kita terus berubah sikap mereka.
“Kalau ikutkan hati, memang saya ingin maafkan sahaja. Tetapi jika saya terus berdiam, orang akan berulang kali ambil kesempatan.
“Saya sedang berbincang dengan keluarga tentang isu ini, jadi tunggu sahajalah,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai sidang akhbar program Keretapi Sarong di sini sebentar tadi.
Noraniza, 56, sebelum ini terpalit kontroversi selepas timbul dakwaan dia memecat Anwar Rusdini yang sebelum ini bertindak sebagai pengarah persembahan dan penulis skrip konsert Qalam Noraniza Idris.
Penyanyi lagu Dikir Puteri itu bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan individu berkenaan menarik diri dan meninggalkan ‘group’ WhatsApp secara tiba-tiba.
Dalam pada itu, Noraniza mengakui kesal dengan sikap tidak profesional Anwar yang menyebarkan perkara dalaman produksi di media sosial tanpa perbincangan secara baik.
“Dia tidak profesional, tidak sepatutnya isu ini dia sebarkan dalam media sosial, seharusnya jumpalah saya secara berdepan.
“Apapun saya tidak meletakkan harapan agar dia tampil berbincang masalah ini. Dia yang buat keputusan untuk tarik diri jadi, terpulang kepada dia jika hendak selesaikan hal ini. Paling mengecewakan apabila dia memilih untuk selesaikan hal ini di media sosial. Itu ibarat memfitnah.
“Dia kena hentikan tindakan memburukkan saya, bukan sahaja di media sosial, tapi juga kepada orang-orang yang dekat dengan saya,” jelasnya yang akan mengadakan konsert Qalam Noraniza Idris pada 27 sehingga 29 September ini di Panggung Bangsawan Melaka.
Sementara itu, Noraniza turut diundang sebagai penyanyi utama acara Keretapi Sarong yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia (16 September).
Lokasi utama acara yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat tradisi tempatan itu bagaimanapun masih dirahsiakan sehingga pada hari acara pada 14 September ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
konsert yg haritu tertunda tu ke? ke konsert baru plak? ok confuse. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by phalanx at 4-9-2024 08:40 AM
Expected kan dari mula lagi orang dah syak konsert akan melingkup sebab konsert sambil2 pertandingan, lepas tu 3 hari straight.
Edit: check dekat mstar, kak ani tak bayar deposit walaupun kerja dah jalan oleh anwar rusidin. |
|
|
|
|
|
|
|
So concertnya jadi ke idok? Yg kt IB dulu cancel sbab kena scam katanya. Yg kt Melaka ni xkan xjadi sbb xde pengarah pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Nek ani nyanyi kat Tiktok je la cam nek shima. At least takde dah nak scam, di scam & ter scam. Untung2 dpt byk gift. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa p melaka tgk la theater Encore Melaka tu.. anak iols p dengan kekawan best giler |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semua buat kerja pon, tetap la di sudut hati iolls ni, konsert Nek Ani tak laku. Sape jelah nak tengok. Tok M Nasir pon tak buat konsert 2 hari straight. Cipta 1 & 2 selang 2 bulan. Tu pon lepas Konsert Cipta 1 dapat sambutan hangat & orang tak puas dengar Tok Nasir nyanyi lagu2 ciptaan heolls. |
|
|
|
|
|
|
|
tak ukur baju di badan sendiri..
perasan ada ramai nak beli tiket?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak sebab isu si Anwar ni pun tiket kau memang sendu lah Nek Ani... nyanyi satu lagu joget2 sikit pun dah semput2 ayam...dengan badan gundu tu...buat live pun mulut pokpek marah2 orang, ku engkau je... sooooooooooo sajakk lahh ngan muka kau yang kembang belon tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Boringgggs nya nak konsert apooooo
Dah LEmauu Neks |
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih berminat nak tau pasal ni.jadah hari kejadian baru tau lokasi?x bagi org dtg ke?what's the point then?
Sementara itu, Noraniza turut diundang sebagai penyanyi utama acara Keretapi Sarong yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia (16 September).
Lokasi utama acara yang bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat tradisi tempatan itu bagaimanapun masih dirahsiakan sehingga pada hari acara pada 14 September ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nek ani sore ketor, kuburkan la angan2 nak berkonsert tu
Sapa je nak tgk ko |
|
|
|
|
|
|
|
dlu tiap kali iols pegi dia ttup.... teater apakah di sana ??
|
|
|
|
|
|
|
|
makin cantik dan nampak muda pula dia |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik ada masalah je konsert cik ani. Sabar lah noks. Ada la tu rezeki nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
BoongaKertas replied at 4-9-2024 08:34 AM
konsert yg haritu tertunda tu ke? ke konsert baru plak? ok confuse.
Konsert yg hari tu lah x buat2 sbb kononnya datuk seri scam rumah rm10 yg nak taja konsert tu..
Hahahhaha sian kak ani.
Skrg dia dah dpt penaja barulah kot
Cuma itulah, kak ani tak ada added value, kak ani dah x relevan..
Suara dia x sedap pun
Kang klu kritik dia kata kita x suke perjuangan dia martabatkan irama tradisional pulak.
Padahal kita x suke suara dia.
Kesian gak dia satu konsert pun x lepas2
Sdgkn tokti dah konsert demi konsert dah smooth jerr... |
|
|
|
|
|
|
|
Nek ani ni mmg degil. Kalau xda bajet sgt nyanyi2 jer dgn mic stand, musicians 7-8 orang and penari dalam 5-6 orang sudahlah. Jimat kos. Xperlu nk storyline2 bagai. Benda mudah pun jadi susah bila retis berangan hidup ni xsudah2 nak jd yang terpaling. |
|
|
|
|
|
|
|
maybe kena terima hakikat kut acik
kalau asyik ada masalah je cuba tgk balik diri sendiri tu kot2 hang ka yg punca masalah tu |
|
|
|
|
|
|
|
asik xjd je konsert dia ni...kesiannnn...tu laa mcm bgus sgt ko pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|