BAGUS: Rafie, Zaki dan Yazid menunjukkan isyarat 'bagus' selepas mengadakan lawatan ke cadangan tapak pondok budaya di Taman Bandukan Ecopark.
KENINGAU: Persatuan Kebudayaan Keningau akan menganjurkan Program Budaya pada hujung bulan November tahun ini, yang akan diadakan di Taman Bandukan Ecopark.
Ia diputuskan semasa mesyuarat bersama Persatuan Gana Sabah; Persatuan Etnik Nabai Murut Sabah (NABAAI); Persatuan Kujau Sabah; Persatuan Dusun Bundu Liwan dan Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS).
Mesyuarat yang diadakan di Taman Bandukan Riverside Resort Keningau itu dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan Daerah Keningau Rafie Robert.
Selepas mesyuarat itu, Rafie bersama-sama dan jemaah dan ahli mesyuarat mengadakan lawatan ke cadangan tapak pondok budaya di Taman Bandukan Ecopark.
Pengerusi Persatuan Kebudayaan Keningau Zaki Zakaria memberitahu sebanyak tiga buah pondok akan didirikan untuk program itu masing-masing oleh Persatuan Etnik Nabai Murut Sabah (NABAAI); Persatuan Kujau dan Persatuan Gana Sabah.
Beliau berharap pondok-pondok itu akan dapat disiapkan menjelang pertengahan bulan November ini.
|