CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8861|Reply: 0

[Sarawak] STU komited kekal sebagai kesatuan guru terbesar dan bertambah kukuh

[Copy link]
Post time 20-9-2024 11:52 AM | Show all posts |Read mode


Kullin (depan, tengah) bersama kepimpinan baharu STU bagi sesi 2024-2026 selepas pemilihan sempena Persidangan Dwitahunan STU di Kuching pada Selasa.

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) menegaskan komitmennya untuk kekal sebagai kesatuan guru terbesar serta akan bertambah kukuh dan amat relevan di negeri ini.

Presidennya Kullin Djayang berkata, ia susulan daripada pemilihan barisan baharu kepimpinan STU yang diadakan baru-baru ini dan guru yang bertugas di Sarawak dipelawa untuk menyertai STU kerana setiap ahli akan mendapat banyak manfaat.

“Antara yang paling penting ialah berkaitan dengan bantuan guaman di mana STU menyediakan khidmat nasihat guaman percuma bagi setiap ahli.

“Selain itu, perbelanjaan perbicaraan juga akan diberikan diskaun yang berpatutan bagi meringankan beban ahli, dalam persidangan perwakilan dwitahunan (BDC) yang lepas tabung bantuan guaman ini telahpun diluluskan oleh perwakilan.

“STU juga ada pelbagai kebajikan lain seperti skim insurans yang sangat menarik dengan bayaran yang jauh lebih murah daripada insurans luar, khairat kematian untuk ahli dan keluarga terdekat, insentif persaraan, insentif untuk ahli yang rekrut ahli baharu dan insentif untuk anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam.

“STU mempunyai Rakan Niaga yang banyak di seluruh Sarawak yang mana semua ahli boleh mendapatkan harga istimewa daripada kedai-kedai terpilih,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Persidangan Dwitahunan STU yang turut menyaksikan pemilihan baharu barisan kepimpinan kesatuan bagi sesi 2024-2026 di sini pada Selasa lepas.

Pada pemilihan itu, Kullin kekal menerajui STU sebagai Presiden manakala Timbalan Presiden yang juga merupakan muka baharu dipegang oleh Yong Sing Hie.

Sementara itu, sedikit perubahan pada Naib Presiden yang terdiri daripada Willis Unjie Ganyai (Zon Selatan); Karen Goh Wei Mei(Zon Tengah); Christhoper Tawi Tibin (Zon Utara); Elina Sian (Biro Wanita) manakala Chung Fui San kekal sebagai Setiausaha Agung dan Timbalan Setiausaha Agung ialah Kenneth Jampang.

Penolong Setiausaha Agung pula ialah Jarod Yong Jik Kam; Imelda Nyaun; Aniza Yusup; serta Jimmy Chong Kok Kiong dan jawatan Bendahari Agung disandang oleh Chan Chiew Sze dan Timbalan Bendahari Agung ialah Valerie Bong Siew Fong.

Kullin dalam ucapannya turut memperjelaskan bahawa STU adalah sebuah kesatuan guru yang banyak bergabung dengan pelbagai kesatuan besar di dalam dan luar negara seperti Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), serta Education International dan Asean Council Of Teachers (ACT+1).

“Kami merupakan sebuah kesatuan yang sentiasa bersedia bekerjasama dengan kerajaan yang memerintah, bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Namun begitu peranan sebuah kesatuan sangat besar berbanding semua pertubuhan seperti persatuan, majlis atau yayasan. Ini kerana hanya kesatuan seperti STU sahaja yang berhak mengadakan perbincangan mengenai dasar-dasar dan arahan daripada kerajaan dan juga KPM,” ujarnya.

Kullin berkata, STU telah banyak memperjuangkan hak-hak dan kebajikan para guru seperti berkaitan gaji, elaun, cuti, kebajikan sekolah dan kuarters guru, termasuk memainkan peranan penting dalam pengenalan Sistem Saraan Penjawat Awam (SSPA) yang bakal meningkatkan pendapatan penjawat awam termasuk guru.

Beliau turut memaklumkan STU bakal menyambut Jubli Intan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhannya pada 2025.


Justeru katanya, STU mempunyai perancangan besar yang dilakukan oleh semua bahagian di seluruh Sarawak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057711 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list