CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12892|Reply: 0

[Sarawak] Ordinan Buruh Sarawak dibentang di Parlimen hujung tahun ini

[Copy link]
Post time 20-9-2024 03:00 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bertukar cenderamata dengan Sim semasa kunjungan di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan pada Persidangan Parlimen hujung tahun ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia Sim Chee Keong sambil berkata ia menjadi berita baik kepada golongan pekerja di Sarawak.

“Satu berita baik untuk warga pekerja khususnya di Sarawak atas usaha dan sokongan Premier Sarawak, maka Ordinan Buruh Sarawak akan dibentang pada Persidangan Parlimen hujung tahun ini.

"Pekerja di Sarawak akan mempunyai hak dan perlindungan yang sama dengan pekerja di Semenanjung Malaysia," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg  di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Sim turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak kerana telah memastikan Ordinan Buruh Sarawak dapat diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 seperti akta kerja di Semenanjung Malaysia.

Katanya, Premier Sarawak telah banyak membangkitkan isu tentang keperluan untuk tenaga kerja mahir khususnya sektor-sektor tinggi dan pertumbuhan tinggi seperti sektor tenaga, peralihan, transisi, aeroangkasa dan penerbangan.

Sementara itu, Sim turut memberitahu visi Premier Sarawak untuk membangunkan sektor-sektor nilai tinggi dan pertumbuhan tinggi Sarawak.

“Justeru, Premier Sarawak juga menyatakan keperluan latihan kemahiran bagi memupuk bakat-bakat khususnya anak Sarawak dan anak Malaysia dalam sektor-sektor ini,” kata beliau.

Dalam pada itu, kunjungan hormat tersebut diadakan bagi mengadakan kolaboratif antara Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dengan kerajaan Sarawak untuk menambah baik pendidikan kemahiran di Sarawak dan Malaysia amnya.

Selepas itu, Sim berkesempatan menghadiri majlis penyerahan cek kepada Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di Juma’ani Pavilion di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055002 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list