View: 23520|Reply: 23
|
Spekulasi perceraian Putera Harry, Meghan Markle bertiup kencang
[Copy link]
|
|
Spekulasi perceraian Putera Harry, Meghan Markle bertiup kencang
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... le-bertiup-kencang/
Oleh KOSMO!
8 Oktober 2024, 4:52 pm
Harry dan Meghan sudah tidak dilihat melakukan aktiviti jelajah bersama-sama. - AFP
LOS ANGELES, CALIFORNIA – Kerabat diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle dilaporkan hidup berasingan dengan Duke of Sussex melancarkan ‘jelajah dunia’ secara solo tanpa ditemani Meghan, lapor laman berita RadarOnline semalam.
Harry dilihat tersenyum semasa lawatannya ke Afrika tanpa ditemani Meghan sekali gus membawa kepada spekulasi kencang bahawa rumah tangga pasangan diraja itu berantakan.
Sebelum ini, mereka yang memakai gelaran Duke dan Duchess of Sussex, terkenal dengan usaha bersama dalam mempromosikan pelbagai acara amal melalui yayasan Archewell.
Bagaimanapun, banyak lawatan Harry baru-baru ini menyaksikan beliau melakukannya secara bersendirian.
Harry juga menghabiskan malam hari jadi yang ke-40 berjauhan dengan isterinya ketika beliau mengisi sambutan tersebut dengan mendaki bersama rakan-rakannya.
Beliau juga muncul pada 10 acara dalam 15 hari terakhir tanpa Meghan di sisi ketika melakukan ‘lawatan separa diraja’ di tiga lokasi termasuk New York, London dan Lesotho.
Satu sumber memberitahu RadarOnline: “Harry dan Meghan akan menjalani kehidupan berasingan, dan mereka mempunyai pelan tindakan untuk melakukannya.
“Mereka telah lama berpisah dengan Harry mahu kembali ke Britain, di mana rakan-rakan lamanya berada dan harapannya untuk kembali ke pangkuan keluarga diraja yang sangat selesa. Ia meletakkan tekanan sebenar pada perkahwinan mereka.”
Tambah sumber tersebut, kehidupan yang Meghan inginkan di Los Angeles adalah jauh berbeza dengan keinginan Harry, malah ia kelihatan asing kepada mana-mana lelaki Inggeris berdarah diraja.
“Rancangan untuk meneruskan aktivitinya secara sendiri dan lawatan yang jauh daripada Meghan adalah tanda pertama mereka sedang berada dalam cubaan untuk berpisah,” kata sumber tersebut. – AGENSI
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kawen anak raja pun nak serai jugak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Harry tak bagi duit raya krismas ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti harry bawa pompuan lain naik range rover dia |
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan balik juga harry ke pangkuan keluarga tercinta. Cinta agung dah ntah kemana. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak rahu Archie lilibet tu Siapa Yg dapat hehe....ke anak patung? |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat lagi nak pujuk tu |
|
|
|
|
|
|
|
bioessence replied at 8-10-2024 07:53 PM
Aku nak rahu Archie lilibet tu Siapa Yg dapat hehe....ke anak patung?
Wehhhh rindu pulak gossip2 hangat dulu. Siap pinjam anak sapa nak bergambo satu family ???????? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti Meghan kawal hidup harry
Ini tak boleh itu tak boleh
Dominan |
|
|
|
|
|
|
|
Baliklah Harry oi ke kampung halaman ke pangkuan apakmu n saudaramu.
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 8-10-2024 07:00 PM
Harry tak bagi duit raya krismas ke..
Ha ha ha. Mmg win |
|
|
|
|
|
|
|
Neno90 replied at 9-10-2024 01:16 PM
Ha ha ha. Mmg win
Kita tunggu nanti apakah yang akan dikatakan oleh megan neh...
Nanges tak nnt |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 8-10-2024 07:00 PM
Harry tak bagi duit raya krismas ke..
Hahahahaha lawakk l |
|
|
|
|
|
|
|
adoiyai, kalau harry patah balik ke londong, mmg dia tak tetap pendirian lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols rasa yg jantan dah x tahan hidup macam commoner. Heols yang nak menceraikan bini nya
|
|
|
|
|
|
|
|
sejak hidup semua kena manage sendiri, mcm2 nak bayar sendiri..private plane la..body guard la, nak manage rumah la..nannies la...pening kot. Dulu semua org aturkankan. Meghan punya angan2 nak duduk istana x dpt |
|
|
|
|
|
|
|
SR4tahun replied at 14-10-2024 01:23 AM
Hahahahaha lawakk l
Saja nak menangguk di air keruh
Hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Dah bertahun keluar rumours nk cerai.
Tak cerai jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Begbiru replied at 14-10-2024 11:39 AM
sejak hidup semua kena manage sendiri, mcm2 nak bayar sendiri..private plane la..body guard la, nak ...
Dulu dapat duduk di rumah katak.. Skali kena halau..padan muka la. |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun sekali tanpa gagal mmg akan rumours cerai ni keluar ye.baikla baikla cikros tgu aje lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|