View: 19244|Reply: 264
|
Berita Fattah yang ke 23:Menerusi live tiktok dengan tanda suka 22 juta,Fattah memberitahu akan membangunkan empayar perniagaan sendiri serta melancarkan produk secara ‘live’
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 13-10-2024 01:24 PM
LEBIH 54,000 pengguna media sosial menonton penstriman langsung selebriti terkenal, Fattah Amin di TikTok pada malam Sabtu.
Menerusi siaran langsung selama satu jam itu, aura aktor kacak tersebut tidak dapat disangkal lagi apabila turut menerima 22 juta tanda suka dan hadiah daripada peminat.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, beliau sekadar ingin berbual santai bersama peminat meskipun tidak tahu cara mengendalikan ‘live’.
Katanya lagi, ia merupakan kali pertama beliau mengadakan penstriman langsung dan sempat memberitahu bakal membangunkan empayar perniagaan sendiri serta melancarkan produk secara ‘live’ dengan lebih teratur.
“Semua (pengurusan Fattah) tak tahu tentang ‘live’ atau ‘gift’ di TikTok. Tetapi, mungkin selepas ini kita akan panggil pasukan yang betul sebab kita nak lancarkan produk.
“Saya tak pernah tengok ‘gift’ macam ini, terima kasih terharu sangat dengan sokongan semua orang,“ katanya.
Meskipun Fattah dilihat segan dan terkedu dengan sokongan peminat sepanjang sesi terbabit, juara Hero Remaja sesi 2011/2012 itu sempat memberikan kata-kata semangat dan motivasi.
Majoriti warganet turut mendoakan Fattah supaya kekal tabah dan diberikan kekuatan selepas berdepan episod duka perceraiannya dengan pelakon, Fazura, 40, pada 7 Oktober lalu.
Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu kira-kira jam 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Selesai menjatuhi talak, Fattah kelihatan sugul sementara Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin menangis kemudian memeluk ahli keluarganya sebelum keluar daripada kamar mahkamah.
Kedua-dua selebriti terbabit mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki
Sorang lelaki baik kena cerai
Berlambak2 rezeki
Manakala bini2 yg baik2 kena cerai
Beribu2 anak2 diabaikan lps cerai
Takde sapa peduli
Begini lah dunia |
|
|
|
|
|
|
|
chandrahusin replied at 13-10-2024 01:43 PM
Rezeki
Sorang lelaki baik kena cerai
Berlambak2 rezeki
Allah peduli...rezeki semua dari Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan tak semena2 teringat aku buku 99 quotes yang dicerca 1 Malaysia tu dulu.
Kalau tak sebab ropa, takda hapa ko boleh jual Patongcer oi. |
|
|
|
|
|
|
|
Patah baru 34??tula ..sapa suruh kawen dgn org tua |
|
|
|
|
|
|
|
Ko jual lah apa2 pun mesti acik2 beli. Markup tinggi pun sanggup.
Time ni la gunakan abis2an duit fans yg taksub.
X silap ada 2 restoran dah tutup ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Netizen mengkayakan org yg dah kaya. Yg dok bg gift tu tah2 hutang ptptn pun x habis bayor. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat mawi dulu. Kemain mendonia. Talentless pun. Mana dia skrg ek? |
|
|
|
|
|
|
|
sfrnna replied at 13-10-2024 02:30 PM
Netizen mengkayakan org yg dah kaya. Yg dok bg gift tu tah2 hutang ptptn pun x habis bayor.
Dorang kesian sbb fatah miskin katanya. Tu yg sedekah banyak2 nak bagi idolat kaya raya. Nnt boleh bagi duit raya kat nyamma.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ai rase mesti yg terpaling gumbira bamtah akhirnya serai is pengurusnye si aca tu..die dgn paz mcm x ngam kan..ni la mase aca nk mendoniakan bamtah..sauk la job mane sesuai..maklomla plg bankable kan bamtah now..
Ex minik pon now bleh la g Indon tu..dok ckp nk p sana je..kembangkan bakat lakonan katenye..tiada sepa nk halang kakpaz mendonia juge… |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm aiols tetap mengharapkan theyols berbaik semula walaupun mcm mostahil |
|
|
|
|
|
|
|
Whitney72 replied at 13-10-2024 02:20 PM
...Meat Cartel ( franchise) restoran ke 2...Hanis Suraya antara yg ada restora ...
Dah tu xsedap..mmg la lingkup..pergi sekali tu je la xsangka cepat jugak lingkup..tp gitula business ada pasang surut..cuba lg fattah sementara byk acik2 keledek sanggup perabih duit tok laki utk chuol |
|
|
|
|
|
|
|
Views 54k. Likes 22mill. Maksudnya sorang menyumbang purata 400 likes. 400kali tap2 skrin. Gigihnya lah hai |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 13-10-2024 02:50 PM
Hmm aiols tetap mengharapkan theyols berbaik semula walaupun mcm mostahil
Iols da putus harap kacong pun beransur ansur la putus harap ye..sbb fattah pun nmpak bahagia ni single balik..bnyak attention. TT live tu rupanya sembang2 kosong je tade la dia nk stop kn acik2 delusi pentaksub dia tu..so we know la arah mana dia nk pi tu |
|
|
|
|
|
|
|
semoga di permudahkan rezeki bamtah |
|
|
|
|
|
|
|
brainbiru replied at 13-10-2024 02:58 PM
Views 54k. Likes 22mill. Maksudnya sorang menyumbang purata 400 likes. 400kali tap2 skrin. Gigihnya ...
Boleh like bnyk kali ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nafkah fatima nak kena beri, family sdri nak kena tanggung juga, buatlah yg patut fattah sementara yg ramai sokong ni, tunjuk muka pun dah bnyk untung, lama2 terutama pelakon lelaki pun bosan |
|
|
|
|
|
|
| |
|