View: 34962|Reply: 12
|
[Tempatan]
Rakyat Malaysia dinasihat berjaga-jaga bercuti ke selatan Thailand sempena Deepavali
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 14-10-2024 03:05 PM
Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah
Oktober 14, 2024 @ 1:55pm
[email protected]
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ingatkan rakyat Malaysia sentiasa peka dengan perkembangan terkini di wilayah selatan yang bersempadan jika mahu bercuti sempena Deepavali.
KOTA BHARU: Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rakyat Malaysia juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini di negara berkenaan terutama di wilayah selatan yang bersempadan.
"Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang.
"Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia supaya, jika boleh, mengelakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan," katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu membaca situasi terkini membabitkan negara yang ingin mereka lawati.
"Rakyat Malaysia juga perlu mendapatkan maklumat terkini sebelum merancang bercuti ke negara berkenaan," katanya.
Sebanyak tujuh serangan dan pengeboman yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak di wilayah selatan Thailand dalam tempoh 24 jam bermula 9 Oktober, mengakibatkan kematian seorang anggota polis dan seorang penduduk.
Serangan terbabit mensasarkan pasukan keselamatan di wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani.
Ribuan rakyat Malaysia sering mengunjungi selatan Thailand terutama pada cuti sekolah dan cuti umum, biasanya melalui sempadan Kelantan, Perlis, dan Kedah.
Selain membeli-belah, pelancong Malaysia juga tertarik dengan pelbagai makanan Thailand yang dianggap lazat dan murah.
Antara destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia di Narathiwat ialah perkampungan pantai Ban Thon, yang terletak kira-kira 18km dari bandar Narathiwat. Di kampung ini, pelancong sering terpesona dengan pemandangan pesawat yang terbang rendah berhampiran sebuah restoran terkenal, mengingatkan kepada drama Inggeris tahun 1970-an, Fantasy Island.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Satu je cara tak nak bagi ummah berduyun2 masuk siam...bgtau makanan2 kat sana disyaki ada dna ababi |
|
|
|
|
|
|
|
Baik takyah ke negara luar jika tiada sebarang urusan penting termasuk keperluan mendesak.. |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 14-10-2024 03:26 PM
Satu je cara tak nak bagi ummah berduyun2 masuk siam...bgtau makanan2 kat sana disyaki ada dna abab ...
Penah je nampak kt deretan kedai makan dpn stesen ketapi hatyai tu.. sebelah kedai muslim, betul2 sebelah tu ada restoran siap tergantung lagi daging babi mentah kt luar, aman2 jah pelancong Malaysia melantak kat situ
|
|
|
|
|
|
|
|
ada dah yg warning jgn ke selatan thai aritu
dikhuatiri kes ngebom ni la
ada puak yg deme target
toksah la kekome pegi hatyai nun
bukan best sgt pun |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau la ape makan yg sedap dkt sana tu. Dgn kedai sebelah nasi lemak, sebelah babi goreng. Yal betul la |
|
|
|
|
|
|
|
Sori tak sambut perayaan tu
|
|
|
|
|
|
|
|
i olls kalau stress mmg suka dgr si kumar ni membebel
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau kau gi tempat atas dari hatnyai memang banyak makanan sumber babi. kami biasanya ke wilayah yang mostly penduduk Islam. dan sumber makanan area situ disediakan oleh Muslim.
kalau kau nak makan makanan ada dna babi, perisa babi dan babi kaw2 depan mata, kau boleh naik sampai bangkok sana. babi fresh katanya. trend terbaru mungkin dorang ada buat menu makan anak babi hidup2. kau kena try tu
kau rasa celaka tak puak2 yang makan makanan masa subjek sedang hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
maaf kata aku tgk ramai orang Islam skrg buat2 tak tahu, tak nak tahu je.
bagi dorang kalau tak tahu, tak salah.
lagi teruk yg tak peduli, tak kisah apa dia makan.
padahal 'mencari yg halal itu fardhu bg umat Islam'.
|
|
|
|
|
|
|
|
damsel_fiji replied at 14-10-2024 07:42 PM
Penah je nampak kt deretan kedai makan dpn stesen ketapi hatyai tu.. sebelah kedai muslim, betul2 ...
Yg bodonya,ummah kalo kat tanah air sendiri nmpak staff restoren pkai salib je terus mnggelupor pi viral tuduh restoren tu x halal (wpun restoren tu sah ada sijil halal)..tp kalo kat siam melantak restoran babi bergentayangan kat sebelah pon xpe,asal ada staff paki tudung |
|
|
|
|
|
|
| |
|