CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 76215|Reply: 3

[Tempatan] Wanita melecur, kotak fius terbakar

[Copy link]
Post time 26-10-2024 05:54 PM | Show all posts |Read mode
MUTAKHIR

Wanita melecur, kotak fius terbakar

Siti Rohana Idris
[email protected]



ANGGOTA bomba memadam kebakaran rumah di Kampung Chempaka, di sini membabitkan ruang tamu dan seorang wanita melecur di bahagian muka serta tangan (gambar kecil). FOTO Ihsan Bomba


Kota Bharu: Wanita melecur di bahagian muka dan tangan akibat percikan api daripada kotak fius yang terbakar secara tiba-tiba, di Kampung Chempaka, Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.


Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa Sainuri Hassan, 44 dikatakan mendekati kotak fius itu untuk melihat apa yang berlaku selepas asap keluar secara tiba-tiba.

Anaknya, Nur Sorfina Zahra Syaiful Azwa, 15, berkata, tiba-tiba keluar percikan api disusuli letupan berlaku dan terkena bahagian wajah serta tangan ibu.

"Saya dan ibu serta adik lelaki keluar dan memanggil jiran untuk meminta bantuan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mangsa yang melecur dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Asri Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.13 pagi.

"Kebakaran membabitkan ruang tamu sebanyak 30 peratus dan dipercayai berpunca dari kotak fius yang terbakar.

"Seorang wanita melecur di bahagian muka dan tangan manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.


Disiarkan pada: Oktober 26, 2024 @ 4:44pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kotak-fius-terbakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2024 05:54 PM | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala kesiannya...semoga urusan dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannyaa..hrp2 ok la luka melecur tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.074388 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list