CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31346|Reply: 0

[Sabah] Sabah tiada rancangan tutup operasi SIP

[Copy link]
Post time 18-11-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG: Masidi menjawab soalan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana syarikat itu kini bebas dari hutang dan menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).

Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata,  SIP bebas hutang hasil daripada proses penstrukturan semula oleh SMJE yang melibatkan pengumpulan dana sebanyak RM900 juta melalui Sukuk Wakalah.

Sehubungan itu katanya, SIP tidak lagi menjadi beban kepada kerajaan dan kini menjana aliran tunai positif serta stabil daripada operasinya.

"Walaupun program Sukuk Wakalah terlebih langgan sebanyak 3.9 kali, SMJE buat masa ini tidak merancang untuk menggunakan baki RM10 bilion daripada sukuk berkenaan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (WARISAN-Senallang), adakah kerajaan bercadang untuk menutup SIP memandangkan SMJE sudah diwujudkan.

Masidi berkata, SMJE memperoleh portfolio yang seimbang dan mampu menggunakan dana yang dijana sendiri untuk membiayai operasi semasanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.086231 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list