CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9981|Reply: 0

[Sarawak] Kabinet luluskan pelaksanaan Pendekatan Transformasi Pekerja Asing

[Copy link]
Post time 19-11-2024 09:53 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kabinet negeri telah meluluskan pelaksanaan Pendekatan Transformasi Pekerja Asing (FWTA) yang merangkumi platform digital dan pembangunan infrastruktur.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata pendekatan ke arah digital itu akan menambah baik kecekapan dan ketelusan proses pengambilan pekerja bukan pemastautin dengan ketara.

Ia juga katanya mengurangkan masa bagi kelulusan permohonan yang mengubah proses sedia ada untuk pengambilan pekerja bukan pemastautin.

“ILMU (Unit Pengurusan Imigresen dan Buruh) juga telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan persekutuan (Jabatan Imigresen Malaysia) berhubung penyepaduan sistem, perkongsian data dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pengurusan serta penyelarasan hal ehwal imigresen di Sarawak, yang merupakan komponen utama sistem FWTA.

“Sistem FWTA yang dimiliki dan dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak sedang dalam proses disepadukan dengan sistem MyIMMs milik Jabatan Imigresen Malaysia berikutan pemeteraian MoU tersebut,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menjelas lanjut Sikie berkata sistem yang disepadukan itu akan menyumbang  kepada usaha meningkatkan kelajuan pemprosesan dan ketelusan semua permohonan yang diterima.

Dengan integrasi itu juga katanya, Kerajaan Sarawak akan memiliki set data yang lengkap dan komprehensif.

"Data tersebut boleh digunakan untuk menganalisis serta membantu kerajaan dalam memudahkan proses membuat keputusan berkaitan dengan imigresen dan buruh.

Beliau turut memaklumkan sistem TWFA yang akan beroperasi sepenuhnya awal tahun depan juga diguna pakai untuk industri perkapalan.

"Dengan memudah dan mempercepatkan proses permohonan melalui platform digital baharu, kita yakin keperluan industri akan dipenuhi.

"Kelulusan yang lebih pantas akan membantu limbungan kapal mengelak kelewatan operasi, yang membawa kepada penyiapan projek mengikut jadual ditetapkan," katanya sebagai menjawab isu dibangkitkan ADUN Bukit Assek.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.064885 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list