CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39826|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kecederaan di kepala, leher, punca kematian pelajar tingkatan 2 terjatuh bangunan

[Copy link]
Post time 19-11-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Kecederaan di kepala, leher, punca kematian pelajar tingkatan 2 terjatuh bangunan

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




- Foto hiasan




Georgetown: Polis mengesahkan punca kematian pelajar perempuan tingkatan dua yang terjatuh daripada tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, di sini, semalam, adalah akibat kecederaan di kepala dan leher kesan terjatuh daripada tempat tinggi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ia susulan hasil laporan bedah siasat dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP), jam 9 pagi tadi.

"Menerusi hasil bedah siasat, doktor mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian kepala dan leher akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya dihubungi.

Mengulas lanjut Abdul Rozak berkata, polis akan merakam keterangan keluarga mangsa bagi membantu siasatan.

"Kita akan ambil keterangan, namun buat masa ini kita tidak mahu mengganggu mereka yang masih bersedih," katanya.



Disiarkan pada: November 19, 2024 @ 4:17pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1156738/kecederaan-di-kepala-leher-punca-kematian-pelajar-tingkatan-2-terjatuh




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.373280 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list