CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36174|Reply: 1

[Tempatan] Tiada cadangan tarik subsidi minyak masak peket. Kenyataan sebelum ini telah diambil di luar konteks, kata Raja Formula Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 20-11-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Tiada cadangan tarik subsidi minyak masak peket

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -minyak-masak-peket

BERNAMA

Disiarkan pada: November 20, 2024 @ 4:30pm


GAMBAR hiasan.

Putrajaya: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menarik subsidi minyak masak peket.

Rafizi berkata kenyataan beliau sebelum ini telah diambil di luar konteks.

Beliau berkata kenyataannya sebelum ini adalah menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan menjurus kepada pemansuhan subsidi barangan keperluan itu.

"Saya ditanya soalan bersifat umum, apa kita nak buat pasal ketirisan minyak peket ini? Jadi jawapan saya ialah setiap program itu kalau ada ketirisan memanglah ada penilaian dan perbincangan.

"Itu yang disebut tetapi dilaporkan ialah kerajaan bercadang untuk menghapuskan subsidi minyak peket," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Innovathon Musim Kedua di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan isu pemansuhan subsidi minyak masak peket ada dibincangkan kerajaan bagi mengatasi masalah ketirisan.

Sementara itu, mengenai program Innovathon, sebanyak 56 orang peserta yang telah melepasi proses saringan pada sesi ujibakat Innovathon, iaitu program realiti televisyen khusus memberi peluang kepada rakyat mengembangkan idea inovatif di negara ini.

Program berkenaan akan bersiaran dalam lapan episod bermula 30 November ini, dan pemenang terpilih berpeluang memenangi Dana Sokongan Pembangunan Perniagaan dengan nilai terkumpul sehingga RM1 juta.

Selain diberi bimbingan, peserta berpeluang mempersembahkan idea mereka di peringkat The 100 Pitch kepada 100 bakal pengguna yang dipilih daripada pelbagai latar belakang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pensokong yang sebelum ni lantang menyokong penghapusan subsidi minyak masak, kini dilihat kembali menyokong pengekalan subsidi minyak masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.278020 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list