CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10686|Reply: 1

[Tempatan] Indeks Kebebasan Media merudum, PMX Anwar Ibrahim kaitkan dengan Raja-raja. Terikat dengan hasrat Majlis Raja-raja untuk tidak dikritik secara terbuka

[Copy link]
Post time 21-11-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Indeks Kebebasan Media merudum, PM kaitkan dengan Raja-raja

https://www.malaysiakini.com/news/726584

Hariz Mohd & Shahrin Aizat Noorshahrizam & B Nantha Kumar
Diterbitkan:  Nov 21, 2024 11:57 AM
Dikemaskini: 12:25 PM



PARLIMEN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa penurunan ketara dalam Indeks Kebebasan Media negara tahun ini disebabkan terikat dengan hasrat Majlis Raja-raja untuk tidak dikritik secara terbuka.

Menurut Anwar, walaupun kerajaan membenarkan rakyat bebas bersuara, namun mereka perlu menghormati kedudukan Raja-raja Melayu.



“Mengenai indeks kebebasan media, kita juga terikat masalah 3R (kaum, agama, raja-raja)

“Sementara kita izinkan orang berbicara, tetapi sidang Raja-raja Melayu itu sangat tegas. Jadi kita juga terikat dengan pandangan Raja-raja bahawa mereka tidak mahu dan mengizinkan sebarang kecaman di khalayak tanpa tindakan.

“Kalau dibangkitkan umpamanya kecaman-kecaman  terhadap saya itu berbakul-bakul, tak ada tindakan, tapi kalau ada  laporan polis biar polis yang uruskan. Saya a tak pedulikan sangat hal-hal sedemikian,” katanya.

Anwar berkata demikian semasa Waktu Soalan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi ketika menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PN-Pendang).



Mengulas lanjut, Anwar mengakui terdapat keperluan untuk memperbaiki pengiktirafan antarabangsa terhadap kebebasan media di negara ini.

“Jadi, saya terima teguran YB Pendang, bahawa ada keperluan kita  perbaiki persepsi ini.

“Cuma kita ada keterbatasan, itu saja masalah dia,” katanya lagi.

Ahli parlimen pembangkang itu membangkitkan kedudukan Malaysia yang jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 sekali gus menempatkan negara pada kedudukan ke-107.

Laporan yang dikeluarkan Reporters Without Borders (RSF) itu menunjukkan Malaysia mencatat 52.07 mata berbanding tahun lalu dengan pencapaian 62.83 mata.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2024 05:04 PM | Show all posts
ini masalah malaysia sebenarnya...kalau negara2 seperti UK, Denmark, Sweden, Spain, etc...rakyat mereka boleh kritik secara terbuka sistem monarki mereka

negara2 Islam dan Asian memang agak kuno
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.049755 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list