CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7430|Reply: 0

[Tempatan] Lima tan ikan bandaraya ditangkap dalam tempoh sebulan

[Copy link]
Post time 23-11-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Lima tan ikan bandaraya ditangkap dalam tempoh sebulan
MOHD AZLIM ZAINURYMOHD AZLIM ZAINURY
22 November 2024 12:58pm

Sebanyak 4,467 kilogram (kg) ikan bandaraya berjaya ditangkap menerusi pemberian ganjaran RM1 bagi setiap kg di bawah program anjuran kerajaan negeri Selangor.Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 4,467 kilogram (kg) ikan bandaraya berjaya ditangkap menerusi pemberian ganjaran RM1 bagi setiap kg di bawah program anjuran kerajaan negeri Selangor.

Program dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Selangor, MBI, Landasan Lumayan Sdn Bhd, UniSel dan Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB) itu bermula 1 September lalu selama sebulan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim berkata, program dijalankan di kawasan Denai Kebangsaan di Sungai Langat bagi fasa pertama dari 1 sehingga 30 September 2024.

Penyertaan ini telah berjaya mendaratkan sebanyak 4,467 kg ikan bandaraya. Jumlah ikan yang didaratkan adalah jauh daripada jangkaan asal iaitu lima tan.

"Ini berlaku disebabkan keadaan cuaca yang menyebabkan aras air sungai tinggi pada bulan September.

"Bagaimanapun, melalui maklum balas diterima daripada pemancing sekitar kawasan ini, program ini sedikit sebanyak memberikan kesan positif dari segi hasil tangkapan mereka," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Jumaat.

Izham berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Harrisson Hassan (PN-Jeram) mengenai impak dan keberkesanan tawaran pemberian ganjaran RM1 bagi setiap satu kg tangkapan ikan bandaraya setakat 1 Oktober lalu.

Izham yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandan Indah menambah, dana untuk pemberian insentif tersebut juga masih berbaki dan akan ditawarkan pada program berikutnya di lokasi sesuai tahun ini.

Jelasnya, objektif utama program tersebut dijalankan adalah untuk mengurangkan populasi ikan pleco atau ikan bandaraya dari perairan sungai di negeri Selangor.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.054969 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list