CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7816|Reply: 1

[Jenayah] Tinggal di hotel tawar aktiviti persundalan. RM250 satu shot

[Copy link]
Post time 23-11-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Tinggal di hotel tawar aktiviti persundalan
MUHAMMAD AFHAM RAMLIMUHAMMAD AFHAM RAMLI
23 November 2024 10:15am

Polis menggempur sebuah hotel di Jalan Pudu, Kuala Lumpur dan menahan tujuh wanita asing disyaki terlibat kegiatan pelacuran.

KUALA LUMPUR - Sebuah hotel di Jalan Pudu di sini, yang dipercayai dijadikan tempat inap wanita warga asing untuk melakukan aktiviti pelacuran dibongkar pada Jumaat.

Serbuan Op E-Noda KL Strike Force itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang diketuai Asisten Superintenden Saifulazhar Abd Khodir.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan kira-kira jam 6.30 petang bertindak menahan tujuh wanita warga asing berusia 25 hingga 35 tahun disyaki pelacur.

Katanya, semakan mendapati mereka membabitkan lima warga Indonesia dan dua lagi masing-masing warga Thailand serta Vietnam.

"Polis telah merampas pelbagai barang antaranya 15 keping kondom, 10 telefon bimbit, tiga botol gel pelincir serta dua kad akses.

"Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, modus operandi kegiatan terbabit ialah pelanggan perlu melayari laman web untuk memilih pelacur sebelum menghubungi nombor telefon tertentu bagi tempahan.

Katanya, kemudian pelanggan akan diberikan nombor bilik dan bayaran dibuat kepada wanita terbabit dengan harga RM250.

"Kesemua pelacur tinggal di bilik hotel berkenaan dengan purata pelanggan sehari dua hingga tiga orang.

"Siasatan awal juga mendapati kegiatan itu beroperasi bermula jam 12 tengah hari hingga jam 4 pagi," ujarnya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mcm apa poremer tu habaq dia buat, kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.049125 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list