CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19770|Reply: 0

[Sarawak] IoT diperkenal sebagai kursus baharu di IPS

[Copy link]
Post time 28-11-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode
Pengenalannya akan menggalakkan lebih ramai generasi muda Sarawak menceburi bidang pertanian




Dr Rundi (duduk, tengah) bersama Martin (duduk, empat kiri) serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama graduan dan staf IPS selesai Istiadat Konvokesyen IPS hari ini.

"Semestinya kita perlu lakukan itu. Kerana lebih baik untuk (pelajari) mempelajari teknologi ini, barulah kita boleh memperkenalkan kaedah yang lebih moden seperti penggunaan dron (untuk pertanian).”

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah

KUCHING: Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata Internet untuk Segalanya (IoT) akan diperkenalkan sebagai kursus baharu di Institut Pertanian Sarawak (IPS).

Beliau berkata pengenalan kursus baharu itu akan menggalakkan lebih ramai generasi muda Sarawak menceburi bidang pertanian.

"Semestinya kita perlu lakukan itu. Kerana lebih baik untuk (pelajari) mempelajari teknologi ini, barulah kita boleh memperkenalkan kaedah yang lebih moden seperti penggunaan dron (untuk pertanian).

"Ketika ini pindah tanaman pun akan menggunakan mesin. Terdapat mesin membajak, mesin itu dan ini, menuai, membaja, semua ini boleh dilakukan menggunakan mesin.

"Jika tidak, anak-anak muda ini tiada semangat (untuk menceburi bidang pertanian). Siapa antara mereka yang akan berkerja berjam-jam di bawah panas matahari dan sebagainya. Jadi inilah satu-satunya cara yang boleh kita lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-19 IPS di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Menurut Dr Rundi, elemen-elemen IoT sudah pun dimasukkan ke dalam silibus kursus yang diajar di IPS yang terletak di Semenggok, dekat sini.

Beliau berkata elemen IoT diajar kepada para pelajar merangkumi kaedah fertigasi, stuktur perlindungan hujan (SPH) dan rumah hijau.

"Tahun depan, kaedah IoT akan diajar untuk padi (menanam). Kita juga mengharapkan bantuan daripada kerajaan persekutuan dalam aspek ini," katanya.

Katanya lagi Kerajaan Sarawak telah mula mencuba kaedah IoT dalam penanaman padi di Gedong yang beliau dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan lawati Jumaat ini (29 November 2024).

Terdahulu dalam ucapannya Dr Rundi menyeru graduan IPS menceburi bidang pertanian komersial dan menjadi usahawan pertanian.

Beliau berkata graduan ini boleh menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh di Institut serta mengguna pakai teknologi baharu juga moden dalam usaha ini.

"Kita mahu membangunkan keusahawanan agro… kita di sini bukan untuk mencari wang semata-mata tetapi menjana wang," katanya sambil menambah, usaha sebegini juga akan melengkapkan sasaran Sarawak menjadi pengeksport makanan bersih menjelang 2030.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat berkata pengenalan kursus IoT di IPS adalah tepat pada masanya dalam era digital ini.

Justeru, beliau memohon kerjasama daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan persekutuan untuk memasukkan kursus baharu ini.

Beliau turut memaklumkan, berdasarkan kajian baru-baru ini, hanya empat peratus graduan IPS menjadi usahawan pertanian.

Oleh itu katanya Jabatan Pertanian Sarawak telah mewujudkan program dan aktiviti bagi meningkatkan minat graduan menceburi bidang keusahawanan pertanian termasuk pemberian bantuan pembangunan projek serta khidmat nasihat.

“Saya percaya kemahiran yang diperoleh graduan daripada IPS mampu mengembangkan potensi mereka dan membangunkan projek yang bukan sahaja menjadi sumber pendapatan utama tetapi juga menyumbang kepada pengeluaran dan keterjaminan makanan,” katanya.

Sementara itu, seramai 96 graduan yang telah menamatkan program sijil di IPS diraikan pada majlis tersebut.

Dominic berkata 24 daripada mereka menerima sijil dalam Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan, 29 dalam Pengurusan Estet, 25 Pengurusan Ternakan, 10 Landskap dan lapan Teknologi Pemprosesan Hasil Pertanian.

“Jumlah graduan IPS sejak 1985 ialah 2,027 orang dan kadar kebolehpasaran graduan IPS sejak 1985 mencecah 80 peratus," tambahnya.

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Michael Ben dan Setiausaha Tetap Kementerian Datu Sirai Daha.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.042334 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list