CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49082|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ketua Pembangkang Pulau Pinang masuk hospital

[Copy link]
Post time 28-11-2024 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pembangkang Pulau Pinang masuk hospital

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]




YUSNI dan pemimpin lain melawat Muhammad Fauzi di Hospital Pulau Pinang, hari ini. Foto Ihsan Yusni Mat Piah.




Georgetown: Ketua Pembangkang Pulau Pinang yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Muhammad Fauzi Yusoff dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Tusni Mat Piah berkata, Muhammad Fauzi yang juga ADUN Sungai Dua menerima rawatan di Wad Neurologi selepas mengalami kebas tangan dan tekanan darah tinggi.

Katanya, Muhammad Fauzi mula berasa tidak sihat pada 4 petang semalam ketika sesi Persidangan DUN Pulau Pinang sedang berlangsung.

"Beliau mengalami kebas pada tangan, jadi beliau mendapatkan nasihat daripada pegawai perubatan yang bertugas.

"Pada waktu itu bacaan tekanan darahnya juga tinggi, hampir 200 sebelum dihantar ke HPP untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Yusni turut memaklumkan, Muhammad Fauzi dijadual menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) petang ini kerana doktor mengesan terdapat bengkak pada belakang kepalanya.

"Kami ada melawat beliau semasa waktu rehat tengah hari sidang DUN. Beliau kelihatan dalam keadaan baik.

"Doktor juga mengesahkan beliau berada dalam keadaan stabil dan akan terus melakukan pemantauan," katanya.

Disiarkan pada: November 28, 2024 @ 5:55pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1160253/ketua-pembangkang-pulau-pinang-masuk-hospital





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.035190 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list