CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33967|Reply: 0

[Johor] GLC diminta berganding bahu bantu mangsa banjir

[Copy link]
Post time 1-12-2024 07:34 AM | Show all posts |Read mode

AMIR Hamzah ketika melawat salah satu reruai pada Karnival MyPesara di Padang A, Angsana Mall, Johor. FOTO Iskandar Ishak.

Johor Bahru: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diminta sama-sama berganding bahu membantu mangsa banjir terjejas yang melanda sembilan negeri, ketika ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan mengambil berat dan simpati terhadap mangsa bencana banjir seluruh negara yang kini sudah melebihi angka 100,000.

"Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meninjau keadaan di Kelantan dan hari ini di Terengganu.

"Minggu ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ke Pantai Timur untuk meninjau sendiri keadaan banjir dan salurkan bantuan.

"Kerajaan memang salurkan dana bantuan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk bantu mangsa banjir yang terkesan. Insya Allah, kita akan bantu jika ada isu berbangkit.

"Saya juga sudah minta pertolongan dari GLC di bawah Kementerian Kewangan supaya berganding bahu membantu mangsa banjir yang terjejas menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), di waktu mereka memerlukan bantuan dan sokongan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Perdana Menteri melancarkan Karnival My Pesara KWAP di Padang Akasia, Angsana Mall JB, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed.

Pada 18 Oktober, Perdana Menteri dilaporkan mengarahkan penyaluran segera peruntukan hampir RM600 juta kepada Nadma sebagai persiapan mendepani musibah banjir, termasuk lebih RM300 juta yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

Selain itu, peruntukan RM150 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), untuk memulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di bandar yang terkesan banjir, turut diarah disalurkan segera.

Hari ini pula, kerajaan dilaporkan sudah mengagihkan dana banjir sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas di seluruh negara bermula semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata bayaran itu akan disalurkan kepada setiap KIR yang memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dilaporkan berharap pengagihan bantuan berkenaan, terutama bantuan tunai akan dapat diatur gerak dengan sepenuhnya.

Mangsa banjir di seluruh negara dilaporkan meningkat hampir 10,000 dalam tempoh dua jam, menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 130,957 dengan 39,268 keluarga setakat tengah hari tadi.

Kelantan dan Terengganu masih mencatatkan jumlah tertinggi manakala lima lagi negeri, Kedah, Selangor, Perlis, Negeri Sembilan dan Johor turut menunjukkan peningkatan ketara.

Di Kelantan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir menunjukkan trend menaik kepada 85,718 orang dengan 284 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di 10 jajahan berbanding 82,447 orang di 279 PPS, pagi tadi.
sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.134061 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list