Edited by sfhzuraz at 2-12-2024 06:35 PM
Ular sawa kekenyangan baru telan kambing boer ditangkap
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Disember 2, 2024 @ 6:05pm[email protected]
Anggota bomba Sik menangkap ular sawa yang baru menelan seekor kambing boer di sebuah kandang di Kampung Keda Bendang Man, Sik. - Foto Bomba
SIK: Penoreh getah terkejut menemui seekor ular sawa yang kekenyangan dipercayai baru menelan kambing boer peliharaannya di Kampung Keda Bendang Man, di sini, hari ini.
Wanita berusia 50-an itu menyedari kejadian itu ketika sedang menoreh getah berhampiran kandang kambing berkenaan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Terkejut melihat kejadian itu, wanita itu kemudian menghubungi pihak Bomba untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shahril Salleh tiba di lokasi bersama tujuh anggota di lokasi kejadian.
Beliau berkata, ular sawa batik itu berkemungkinan tersesat selepas bencana banjir berlaku beberapa hari lalu di kawasan itu.
"Reptilia seberat 15 kilogram dan panjangnya empat meter dipercayai lapar dan kemungkinan baru menelan kambing boer milik penduduk kampung itu.
"Bomba mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular sawa itu kerana saiznya yang besar dan berat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, ular sawa itu berjaya ditangkap menggunakan penjerut dan dilakukan dengan berhati-hati walaupun reptilia itu kekenyangan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika perubahan cuaca ini terutama ketika pembersihan rumah.
"Pelbagai hidupan liar berbisa berbahaya seperti lipan, ular dan sebagainya boleh masuk ke kediaman penduduk untuk mendapatkan perlindungan selain sumber makanan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/12/1331760/ular-sawa-kekenyangan-baru-telan-kambing-boer-ditangkap
|