CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45591|Reply: 0

[Kedah] 4,000 hektar sawah tenggelam sekali lagi, PeSAWAH anggar kerugian cecah RM20 juta

[Copy link]
Post time 2-12-2024 06:58 PM | Show all posts |Read mode
4,000 hektar sawah tenggelam sekali lagi, PeSAWAH anggar kerugian cecah RM20 juta

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Disember 2, 2024 @ 2:51pm [email protected]






Antara kawasan sawah padi yang ditenggelami banjir sehingga menjadi lautan di Kampung Gunung Keriang, Alor Setar. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir




ALOR SETAR: Golongan pesawah di negeri ini diibaratkan 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila kira-kira 4,000 hektar sawah milik mereka sekali lagi ditenggelami banjir sejak Rabu lalu.

Kejadian itu menyebabkan mereka mengalami kerugian berganda memandangkan sawah sama turut ditenggelami banjir pada September lalu.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, menjangkakan nilai kerugian dialami susulan kejadian terbaharu ini kira-kira RM20 juta memandangkan pesawah terbabit perlu sekali lagi melalui proses menabur benih dan menanam.

"Pesawah semakin tersepit dengan hutang sangat tinggi... ramai terpaksa berhutang kerana tiada modal untuk mulakan penanaman musim dua tahun ini, kerana banyak sawah terkena banjir dua kali.

"September lalu mereka tak dapat tuai dan jual hasil padi, sekarang selepas berhutang untuk tanam, sekali lagi sawah mereka terkena banjir.

"Berganda-ganda kerugian mereka dan sekarang mereka terpaksa tabur benih sekali lagi selepas ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, katanya harga benih padi ketika ini RM60 seguni dengan berat 20 kilogram (kg) yang mana setiap hektar memerlukan kira-kira lapan hingga 10 guni benih bagi memastikan hasil yang tinggi.

"Itu belum dicampur kos jentera untuk membajak sawah dan upah menabur. Bayangkan berapa kerugian dan modal baharu perlu ditanggung untuk pesawah menabur atau menanam semula padi," katanya.

Justeru, Abdul Rashid berharap kerajaan akan menyegerakan bantuan kepada pesawah untuk membolehkan mereka bangkit semula dan meneruskan penanaman.

Pesawah di Alor Mengkudu, Abdul Ghani Zainal, 48, mengakui hilang semangat apabila sekali lagi terpaksa menanggung kerugian selepas kali pertama rugi ketika banjir memusnahkan sawahnya September lalu.

Katanya, kali ini dia kerugian kira-kira RM15,000 apabila lima hektar sawah diusahakannya ditenggelami banjir.

"Sebelum ini (September) saya rugi kira-kira RM80,000 apabila 10 hektar sawah yang saya usahakan musnah akibat banjir termenung selama sebulan.

"Kami terpaksa buat pinjaman dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk proses tanam musim dua, namun diuji sekali lagi apabila benih ditanam antara dua minggu hingga sebulan musnah akibat banjir.

"Selepas banjir surut nanti, kami terpaksa pinjam duit lagi tapi mungkin pinjaman sudah tidak banyak, benih yang bakal ditabur juga terpaksa kami kurangkan, begitu juga dengan racun siput gondang. Saya bimbang hasil padi untuk musim dua akan kurang juga," katanya yang mengusahakan sawah sejak 20 tahun lalu.

Pesawah dari Jitra, Mohd Rafirdaus Abu Bakar, 49, berkata kira-kira 10 hektar sawah diusahakannya ditenggelami banjir selepas September lalu kerugian lebih RM60, 000 akibat bencana sama.

"Saya tak dapat tuai hasil kerana padi yang sudah masak ditenggelami air... ada yang rebah dan rosak, saya hanya dapat tuai kira-kira 20 peratus saja daripada 12 hektar padi yang saya usahakan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1331636/4000-hektar-sawah-tenggelam-sekali-lagi-pesawah-anggar-kerugian





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.047198 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list