CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52774|Reply: 0

[Tempatan] Kes pendakwaan Yuseri Yusoff

[Copy link]
Post time 3-12-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TANGGUH SEKALI LAGI‼️

Aku telah disiasat susulan berpuluh laporan Polis yang dibuat beberapa individu berkaitan:

1. Tabung KAFA
2. Tabung Badar (Maisarah)
3. Pengadu Penipuan Emas
4. Positif Saringan Awal

Empat kertas siasatan dibuka yang mana kes telah disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Selepas kertas siasatan diserahkan kepada DPP. Aku hanya dikenakan satu pertuduhan sahaja, melibatkan mangsa penipuan pelaburan emas.

Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu ditukar kepada Seksyen 403 Kanun Keseksaan kononnya didakwa salah guna harta milik seorang wanita.

DPP memohon kepada Mahkamah jumlah ikat jamin RM15,000 namun dikurangkan kepada RM6,000 dan pada 7 dan 8 April 2025 ditetapkan sebagai Hari Perbicaraan kes.

Lagi tiga kes tak dibuat pertuduhan kerana daripada hasil siasatan tidak menunjukkan terdapat unsur salah guna atau penipuan telah berlaku.

Faham atau tidak?

Satu pertuduhan dibuat kerana ada kemasukan dalam akaun berjumlah RM67k tetapi duit tersebut tidak ke mana-mana dan Pegawai Penyiasat dengan DPP terima arahan supaya pertuduhan mesti dibuat terhadap Aku.

Bermakna belum berlaku salahguna kerana duit hanya masuk ke akaun tetapi ia tidak dikeluarkan yang mana Aku telah bersedia untuk menjawab dalam Mahkamah.

Duit tersebut ada tersimpan dalam GXBank susulan akaun Ambank aku disekat selepas bank terima arahan Polis.

Kemudian akaun GXBank turut kena sekatan dan duit boleh dipulangkan melalui akaun bank atas nama Aku sahaja.

Ironinya Aku tidak dibenarkan buka akaun bank dalam negara ini. Sekat akaun kemudian tuduh salahguna duit.

Selesai pertuduhan di IPD Wangsa Maju. Aku disiasat susulan laporan dibuat di IPD Klang Utara di mana siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 berkaitan posting FB kes Zyan Ryan.

Bagaimanapun Aku dibebaskan dengan jaminan Polis selepas Aku hadir memberikan keterangan di IPD Klang Utara.

Esok 3 Disember 2024, sepatutnya Aku dikenakan satu lagi pertuduhan bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kononnya telah memasukkan dadah ke dalam badan di Mahkamah Kuala Lumpur.

Tetapi Aku baru dimaklumkan oleh Peguam bahawa pertuduhan esok ditangguhkan lagi kerana Pegawai Penyiasat sedang hadir berkursus.

Nampak gaya rakan-rakan media hampa kerana lelaki kacak bernama YY ataupun Bapa Baby Syifaa tidak akan dihadapkan untuk pertuduhan esok sebaliknya ditangguhkan lagi sekali.

Oppss...




????????????

Nota kaki: aku sudah jangka akan tangguh sebab itu aku tak beritahu tarikh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.306942 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list