CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 38586|Reply: 34

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera lewat malam tadi

[Copy link]
Post time 4-12-2024 12:40 AM | Show all posts |Read mode



SEOUL – Presiden Yoon Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dalam ucapan televisyen lewat malam, menuduh parti pembangkang utama Korea Selatan bersimpati dengan Korea Utara dan aktiviti anti negara.


Saluran berita CNN melaporkan bahawa Suk-yeol tidak menyatakan langkah-langkah sepesifik yang akan dilaksanakan.


Beliau memetik usul pembangkang utama, Parti Demokratik yang menguasai Parlimen. Parti berkenaan dituduh cuba memecat pendakwa raya kanan dan menolak cadangan belanjawan kerajaan.


Suk-yeol melabelkan tindakan pembangkang itu sebagai ‘perbuatan subversif bertujuan untuk menghasut pemberontakan’.


Beliau seterusnya mendakwa bahawa tindakan Parti Demokratik itu ‘melumpuhkan hal ehwal negara dan menukarkan Parlimen menjadi gerombolan penjenayah’.


Suk-yeol menyifatkan undang-undang tentera sebagai langkah perlu untuk menghapuskan ‘anasir subversif pro-Korea Utara’.


Menurutnya, keputusan itu perlu untuk melindungi kebebasan dan keselamatan rakyat, memastikan kelestarian negara serta memastikan peralihan negara yang stabil kepada generasi akan datang.


Dalam pada itu, Speaker Parlimen tidak dibenarkan memasuki Parlimen untuk mengadakan sidang tergempar, demikian menurut saluran televisyen tempatan, YTN TV. – AGENSI


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
malaysia haritu dah buat. tutup parliament takut hilang kuasa
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
lepas ni boleh hantar surat permohonan join parti bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tarik balik martial law
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik sempat balik malaysia... phewwww.

Selisih 2 hari je
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo sbb tak dpt approve budget sbb pembangkang menang voting budget....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari sabtu malam tu aku dekat namdaemun-ro... tepi lotte mall myeongdong nak gi beli perfume tamburins..


Mmg jalan tutup.. and dengar kempen tunjuk perasaan jerit2... banyak gila polis iring pejalan kaki, kereta yang duk lintas jalan traffic light tu...


Fuhhh nasib baik selisih sehari dua je dari darurat!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Protest ketika winter dengan martial law tidak boleh ski ka apa... Apa saja activity boleh buat dengan heavy snowfall...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 07:44 AM | Show all posts
so?? kita kena buat apa??
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 08:08 AM | Show all posts
Malaysia aritu lockdown sebab COVID
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 08:31 AM | Show all posts
sebab salji lebat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 09:22 AM | Show all posts
aavakateimani replied at 4-12-2024 06:48 AM
malaysia haritu dah buat. tutup parliament takut hilang kuasa

a golden opprtunity masa tu..zaman trump mgkin kah history repeated?  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 09:24 AM | Show all posts
qistiena replied at 4-12-2024 06:49 AM
Dah tarik balik martial law

tp tentera kata selagi presiden xtarik balik tentera xnak lift lockdown
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 4-12-2024 09:24 AM
tp tentera kata selagi presiden xtarik balik tentera xnak lift lockdown

Latest news kata president akan tarik balik martial law sebab ramai menentang. Kita tunggu ajalah president next move
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:00 AM | Show all posts
hujan dah lamaaa.  tunggu ribut kencang je. silap seoul ialah terlalu ikut suara zionis.  patutnya depa berbaik2 je dengan pyongyang.  atau sekurangnya jangan "bising'
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:10 AM | Show all posts
jasa najib menumbangkan KERAjaan abah aritu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2024 11:22 AM | Show all posts
zorrro_03 replied at 4-12-2024 11:00 AM
hujan dah lamaaa.  tunggu ribut kencang je. silap seoul ialah terlalu ikut suara zionis.  patutnya d ...

xboleh juga sbb zionis berjasa besar menyelamat korea selatan dari menjadi buku sejarah dunia ditelan tentera kominis korea dan China
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau martial law. Black pink kena pakai baju askar bawak pestol kan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
mrseller replied at 4-12-2024 11:44 AM
Kalau martial law. Black pink kena pakai baju askar bawak pestol kan?

Blekpink jahh ka?













Baru prasan takde jisoo..

Baru prasan takde jisoo
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2024 12:16 PM | Show all posts
alaaa...big bang baru buat comeback hahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053455 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list