CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42790|Reply: 3

[Tempatan] Obesiti mengacau jiwa, hormon wanita

[Copy link]
Post time 6-12-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-12-2024 02:22 AM

KIRA-KIRA 20 peratus populasi di Malaysia adalah diklasifikasikan sebagai obesiti dan angka itu amat membimbangkan.

Atlas Obesiti Dunia turut menjangkakan jumlah itu boleh meningkat kepada 41 peratus menjelang tahun 2035.

Trend obesiti yang membimbangkan seiring dengan peningkatan penyakit kronik dengan ketika ini, lebih setengah juta golongan dewasa menghidap gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Pakar Perunding Endokrinologi dan Perubatan Dalaman, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV), Dr Lim Kim Piow, berkata selain kesannya terhadap gula dalam darah, obesiti juga boleh mengganggu keseimbangan hormon, terutamanya kepada wanita.

Katanya, mereka yang mempunyai sejarah atau menghidap diabetes jenis 2 berisiko lebih tinggi untuk menghidap sindrom ovari polisistik (PCOS).

Jelasnya, PCOS adalah sejenis penyakit yang sering dikaitkan dengan obesiti dan menyebabkan simptom seperti haid tidak teratur, bulu di muka atau badan berlebihan yang disebabkan oleh peningkatan paras hormon androgen (hormon lelaki) di dalam badan.

"Selain itu, PCOS juga adalah salah satu punca utama kepada masalah ketidaksuburan akibat ovulasi yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi.

"PCOS dan obesiti saling berkait melalui hyperinsulinemia dan proses metabolik dalam badan yang tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan ovari berfungsi secara tidak normal dan pengeluaran hormon androgen yang berlebihan, lalu menyumbang kepada simptom PCOS.

"Jika tidak dirawat, ia juga boleh menyebabkan ketidaksuburan," katanya.

Dr Kim Piow berkata, obesiti bukan hanya mengenai isu fizikal berat badan berlebihan, ia juga boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan emosi seseorang lalu membawa kepada kemerosotan tahap kesihatan.

Katanya, obesiti sering dikaitkan dengan masalah kemurungan dan kebimbangan, dan ia boleh menggalakkan tabiat makan berlebihan seterusnya membawa kepada gaya hidup yang tidak aktif, peningkatan berat badan dan memburukkan keadaan kesihatan.

"Obesiti diklasifikasikan oleh Indeks Jisim Badan (BMI) 27.5 atau lebih adalah salah satu faktor risiko yang menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk diabetes, strok, serangan jantung, penyakit buah pinggang kronik, gout.

"Apnea tidur obstruktif (OSA), penyakit hati berlemak, batu karang, PCOS, masalah ketidaksuburan, osteoartritis, penyakit radang pelvis (PID), katarak, pankreatitis, kanser, trombosis vena dalam, kemurungan, kebimbangan dan lain-lain," katanya.

Oleh itu katanya, langkah pertama dalam menguruskan obesiti dengan berkesan ialah memahami kesannya terhadap kesihatan individu secara keseluruhan.

Beliau berkata, penting untuk mempunyai kesedaran diri dan menekankan, pesakit harus mempunyai kesedaran dan menerima kenyataan, obesiti boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan.

Katanya, ini kerana dengan mengetahui risiko, boleh mengambil langkah proaktif yang diperlukan untuk memerangi masalah obesiti.

"Memberi perhatian kepada kedua-dua tabiat peribadi dan faktor genetik, boleh membantu untuk memupuk keazaman dan kecekalan seseorang dalam perjalanan penurunan berat badan mereka.

Katanya, individu obesiti lebih berkemungkinan untuk mendapat serangan jantung dan mengalami simptom seperti sakit dada, ketidakselesaan badan, pedih ulu hati, rasa loya dan sesak nafas.

"Selain itu, obesiti boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular lain seperti kardiomiopati iskemia, di mana otot jantung menjadi rosak akibat bekalan darah yang tidak mencukupi dan hipertrofi ventrikel kiri iaitu keadaan di mana otot jantung menebal.

"Kedua-dua keadaan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung," katanya.

Justeru katanya, penting untuk berwaspada terhadap tanda-tanda awal isu kardiovaskular yang berkaitan dengan obesiti.

"Cuba elakkan makanan berproses yang tinggi gula seperti donat, gula-gula dan aiskrim kerana ia boleh mengurangkan paras gula darah dengan ketara dan mencegah kemerosotan kesihatan.

"Selain itu, perubahan gaya hidup tidak akan lengkap tanpa senaman yang kerap dan konsisten. Justeru, jalani senaman yang sesuai dengan keadaan," katanya.

Obesiti boleh menyebabkan antara masalah berikut:

1. Penyakit jantung dan salur darah.
2. Diabetes Mellitus.
3. Masalah respiratori.
4. Gangguan metabolik.
5. Risiko kanser.
6. Gangguan mental dan emosi.
7. Masalah kesihatan tulang dan sendi.
6 punca obesiti:
- Pengambilan berlebihan gula dan makanan berlemak.
- Makan secara beremosi.
- Faktor genetik dan juga prakehamilan.
- Ubat-ubatan atau keadaan penyakit.
- Kesan bakteria usus.
- Kerintangan leptin.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2024 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah body shaming

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 7-12-2024 12:37 PM

edit
salah tulis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.371157 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list