CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42651|Reply: 7

Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion sembilan bulan pertama tahun ini - PMX

[Copy link]
Post time 10-12-2024 11:34 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh yang sama pada 2023.


Beliau berkata nilai ini melibatkan 4,753 projek yang dijangka menjana sejumlah 159,347 peluang pekerjaan baharu.


"erkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 Tahun 2024 terkait soal prestasi pelaburan," kata beliau menerusi hantaran di laman X hari ini.


Perdana Menteri berkata MPN juga bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE).


Menurut beliau, garis panduan ini akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai di bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) yang merupakan inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan pusat data.


"Kerajaan MADANI berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara," kata Anwar.






SUMBER: - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2024 05:13 AM | Show all posts
saya ulammmmm.. berbeliyuuuuuunnnnn

bang non dah lama cakap pasal ni, korang je yang tak percaya
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bilyun bilyun tuan tuan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
ok
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 12:24 PM | Show all posts
Bila nak nampak hasilnya? duit dah macam zaman jepun ja ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 12:47 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 11-12-2024 01:15 PM

Itu tampaknya hanya berupa POTENSI  atau Pelaburan yang INGIN melabur  di Malaysia ... Bukan Pelaburan yang REALIZED atau Telah Diwujudkan oleh Pelabur ...

Hanya orang SMART dan WARAS mengerti itu .... Tetapi saya yakin majority populasi Malaysia yang diketahui menderita WAHAM (Hidup dalam dunia khayal atau ilusi)  pasti akan mengalu-alukan POTENSI  itu sebagai PRESTASI dan PENCAPAIAN BESAR  ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada yang percaya ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2024 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang kencang kencing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.118836 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list