View: 44736|Reply: 9
|
Lewis Hamilton bakal rindui peminat di Malaysia dan roti canai
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Era gemilangan bintang Formula Satu (F1), Lewis Hamilton bersama pasukan Mercedes AMG PETRONAS, berakhir dengan penuh emosi apabila menyatakan akan sangat merindui peminatnya di Malaysia serta keenakan roti canai - hidangan yang menjadi tradisi setiap kali mengunjungi negara ini.
Selama 12 musim bersama Mercedes, Hamilton mencipta sejarah dengan enam gelaran juara dunia dan kini mengucapkan selamat tinggal dalam perlumbaan penutup tirai F1 di Grand Prix (GP) Abu Dhabi kelmarin sebelum menyertai Ferrari tahun depan.
Pelumba warga Britain berusia 39 tahun itu bagaimanapun tetap optimis dan menyatakan bahawa beliau pasti akan kembali ke Malaysia jika GP Malaysia suatu hari nanti kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"ertama sekali, saya akan merindui mereka. Sememangnya salah satu faedah atau perkara baik dalam hubungan itu adalah PETRONAS akan membawa saya ke sini dan saya akan dapat berinteraksi dengan orang ramai di Kuala Lumpur, dan itu adalah sesuatu yang saya akan rindui.
"Saya berharap GP Malaysia suatu hari nanti akan kembali semula semasa saya masih berlumba. Saya akan sentiasa mengingati roti canai. Ini adalah hidangan kegemaran saya di sini sejak dahulu. Saya akan cuba menikmatinya malam ini," katanya ketika ditemui dalam Wawancara Kumpulan Media Eksklusif di Menara PETRONAS di sini hari ini.
Dalam sesi lain, pertemuan dengan peminat di Dewan 6A-6C, KLCC menyaksikan 3,000 pemenang bertuah kempen PETRONAS berpeluang berinteraksi dengan 'The Greatest of All Time (GOAT)' dalam F1.
Hamilton, yang menyertai Mercedes pada 2013 untuk memenangi enam kejuaraan dunia, akan meninggalkan pasukan Silver Arrows yang pernah dominan itu pada akhir musim ini, yang mempunyai format 24 perlumbaan, untuk menyertai Ferrari pada 2025.
Juara dunia tujuh kali (2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019, 2020) itu berkongsi penghormatan dengan pelumba legenda Michael Schumacher sebagai pemenang gelaran kejuaraan dunia F1 terbanyak serta berazam untuk merebut rekod kejuaraan dunia kelapan.
Di pentas, Hamilton menyatakan bahawa peminat Malaysia sentiasa mesra dan memberi sokongan sambil menggalakkan mereka agar tidak membiarkan sesiapa pun menghalang matlamat mereka kerana hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.
Sementara itu, salah seorang peminat, Har Gobind Singh, 22, yang cuba menghadiri setiap acara melibatkan idolanya dan sanggup membelanjakan wang untuk menyaksikan F1 jika ia diadakan di Singapura bersama tujuh rakan lain, berkata ia adalah detik bersejarah sebelum Hamilton mengucapkan selamat tinggal dan beralih ke Ferrari.
"Kami sentiasa lapan orang. Ia bermula dari 2015, kami sentiasa cuba berada di sana untuk Hamilton dan kami berharap yang terbaik untuknya selepas ini," katanya.
SUMBER: - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kalo aku pun blah. kete tah ape2 |
|
|
|
|
|
|
|
Lamaaa mamat ni tunggu. Tahun depan baru nak blah |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la berambuih.. sejenis mulut berat nak bg feedback dekat technical team... duk asek main phone je bila orang panggil meeting
Driver lain elok je active bg feedback for improvement |
|
|
|
|
|
|
|
elok cari la sorang minah melayu ke, amoi ke,tangechi ke buat bini. jadi laa kg halaman techentaaa. tiap tiap boleh balik beraya. makan la kau roti canai sampai kembong |
|
|
|
|
|
|
|
rindu roti canai??? pi gopal ke roti king ke?
byk je rest mulayu kat london tu pun, nasik kerabu nasik dagang pun adooo. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi Lemak menangis di bucu katil.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|