CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 48250|Reply: 2

[Tempatan] Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna

[Copy link]
Post time 11-12-2024 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
RAIHAM MOHD SANUSIRAIHAM MOHD SANUSI
10 Disember 2024 07:08pm

Poster menunjukkan paparan laman web dan aplikasi mudah alih Air Selangor yang dinaik taraf dan bersifat lebih mesra pengguna.

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menaik taraf aplikasi mudah alih dan laman webnya yang direka khas untuk menyelaras serta menyeragamkan titik sentuh komunikasi pelanggan yang lebih efisien dan mesra pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali berkata, naik taraf yang dilakukan baru-baru ini mengoptimumkan sistem dan proses dalaman pelbagai jenis perkhidmatan pelanggan.

Katanya, ia membolehkan pelanggan memantau bil air, melaporkan gangguan bekalan air serta menerima maklumat perkhidmatan secara langsung dan terkini.

"Dengan kepakaran teknologi yang kami ada, penambahbaikan yang diterapkan ini akan memudahkan urusan harian pengguna agar menjadi lebih pantas dan efisien daripada pelbagai segi termasuklah memantau trend penggunaan air mereka sehinggalah membuat pembayaran bil.

“Ini merupakan fasa pertama dalam transformasi digital kami untuk melancarkan ‘super app’ dan ‘super web’ pada tahun hadapan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna seiring visi kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan air yang terkemuka di Asia menjelang 2030,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Penambahbaikan yang diterapkan termasuklah dari segi pengurusan akaun air kerana pengguna kini boleh log masuk dengan mudah menggunakan ID pelanggan atau perniagaan bagi menguruskan semua hal berkaitan akaun air menerusi satu platform.

Ia juga membabitkan perolehan maklumat mengenai bekalan air iaitu pengguna boleh memperolehi maklumat terkini tentang status bekalan air di kawasan mereka.

Penambaikan turut melibatkan bil dan pembayaran kerana pengguna dapat menguruskan semua bil mereka serta melakukan pembayaran dengan mudah pada bila-bila masa.

Naik taraf terbabit juga dari segi akses langsung ke perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pengguna memohon perkhidmatan secara dalam talian dan memantau status permohonan mereka secara terus.

Pengguna juga boleh melaporkan insiden seperti paip bocor, paip pecah, kebocoran meter atau penyambungan paip haram dengan lebih mudah dan segera.

Selain itu, disediakan bantuan maya yang mana pengguna boleh mengajukan sebarang pertanyaan kepada pembantu maya Air Selangor, 'Joy' pada bila-bila masa.

Pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih Air Selangor yang telah dinaik taraf bermula 3 Disember lalu di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery serta melayari laman web baharu di www.airselangor.com bagi menikmati pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web rasmi Air Selangor di www.airselangor.com.

Pengguna juga boleh merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Air Selangor iaitu di aplikasi Air Selangor, X, Facebook, Instagram atau menghubungi Pusat Hubungan Air Selangor di talian 15300.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2024 04:18 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-12-2024 12:19 AM

Seperti itu Rohingya mencuri air rupanya..


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2024 11:51 PM | Show all posts
Satu improvement apps baru ni kalau ko ada lebih dari satu akaun ko boleh buat one single payment. Dulu kena buat satu-satu.

But one thing aku tak suka ialah ko still kena log into your online banking account. Tak boleh just bagi your card number suruh dia charge macam TNB, book hotel, LAZADA etc.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.231845 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list