View: 44316|Reply: 10
|
[Dunia]
Bapa, ibu tiri bersalah bunuh Sara Sharif - "Penderaan kejam dan keganasan yang tidak terkata yang dilakukan ke atas Sara"
[Copy link]
|
|
London: Bapa dan ibu tiri kepada kanak-kanak berketurunan Britain-Pakistan, didapati bersalah atas pembunuhan mangsa dalam kes penderaan kanak-kanak yang mengejutkan United Kingdom (UK).
Urfan Sharif, 42, dan Beinash Batool, 30, disabitkan dengan pembunuhan Sara Sharif selepas kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemukan mati di rumahnya, tahun lalu.
Kredit foto : The Guardian
Sara dilaporkan parah termasuk mengalami patah tulang, melecur dan mempunyai kesan gigitan.
Bapa saudaranya, Faisal Malik, 29, juga didapati bersalah menyebabkan atau membenarkan kematian mangsa selepas seminggu pertimbangan juri di mahkamah di Old Bailey, London.
Ketiga-tiga mereka akan dijatuhkan hukuman pada Selasa depan selepas perbicaraan selama 10 minggu.
"enderaan kejam dan keganasan yang tidak terkata yang dilakukan ke atas Sara mengejutkan dan menggerunkan orang ramai di seluruh dunia," kata Craig Emmerson dari polis Surrey yang mengetuai siasatan ke atas pembunuhannya.
Sara ditemukan mati di atas katilnya di Woking, barat daya London, pada 10 Ogos 2023.
Selepas kejadian, ketiga-tiga tertuduh melarikan diri ke Pakistan.
Bapanya meninggalkan sekeping nota tulisan tangan yang mengatakan dia tidak berniat untuk membunuhnya.
Ketiga-tiganya ditahan selepas pulang ke UK, sebulan kemudian.
Ketika disoal balas pada perbicaraan tinggi bulan lalu, Sharif seorang pemandu teksi, mengaku membunuh anak perempuannya, tetapi menegaskan dia tidak berniat untuk mencederakannya.
Dia pada mulanya menafikan semua pertuduhan dan menyalahkan Beinash atas kematian Sara.
Sharif juga mengaku menyebabkan beberapa kepatahan tulang pada mangsa dalam beberapa minggu sebelum kematian Sara.
Dia juga mengaku memukul kanak-kanak itu dengan kayu kriket ketika mangsa diikat dengan pita.
Selain itu, lelaki itu mengaku mencekik budak itu dengan tangan dan menyebabkan tulang hyoid pada leher mangsa, patah.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Keturunan belah² sana & bunuh ank² pompuan berpisah teda.
Walau dh hapgred dok ukeh. |
|
|
|
|
|
|
|
ni retis mana |
|
|
|
|
|
|
|
allahhh xdpt kubygkn penyiksaannnnn bangsat3 itu!! tgh waras ke takkk ?!!!
hrmjadah punya manusiaaaaaaaaaaaa!!!!
hukum bunuh je la tigatigaekor durjanaaaaa!!!!
dh mcm zmn jahiliahhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni retis tempatan mana ni ?????? Adeh |
|
|
|
|
|
|
|
Reporter carimro mengigau ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
comel budaknya..tp itula masuk gosip tempatan pulekkk |
|
|
|
|
|
|
|
ahaha...mujur iols baca ni dah masuk ci kalau dak join sekaki maki tt
comel bdknya, salah apa la bdk tu sampai gitu skali buatnya. kayu kriketttttt giler babi ape celaka neh.
blh la pakat2 lari pastu blk smula bodo piang |
|
|
|
|
|
|
| |
|