CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15614|Reply: 43

[Tempatan] KL tidak berbaloi dilawati kotor, sesak

[Copy link]
Post time 13-12-2024 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-12-2024 02:11 PM



Pelancong berkenaan kemudiannya menyatakan bahawa, "KL hanya ada Menara Berkembar Petronas, yang bagus untuk bergambar".


Tular baru-baru ini, mengenai satu hantaran di platform media sosial Xiaohongshu (XHS) oleh seorang pelancong China yang berkunjung ke Kuala Lumpur (KL) telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen khususnya rakyat Malaysia.

Pelancong berkenaan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memilih KL sebagai destinasi percutian mereka, dengan menyenaraikan pelbagai sebab yang membuatkan beliau berpendapat bahawa ibu kota Malaysia ini tidak berbaloi untuk dilawati.

Dalam hantaran yang tular itu juga, pelancong tersebut mengkritik KL sebagai sebuah destinasi yang "kotor" dan "sesak".

Selain itu, beliau mendakwa kakitangan di lapangan terbang bersikap diskriminasi, serta menganggap penduduk tempatan sebagai "kasar" dan kurang mesra.

Tempat lain jauh ketinggalan berbanding bandar-bandar di China. Harga kos hidup di KL sama dengan bandar utama di China.

"Siapa yang kata tempat ini murah?," tulisnya.

Menurutnya lagi, pengangkutan awam di KL sangat tidak mesra pelancong, "Tiada kaki lima, dan selain menaiki teksi, tiada cara lain untuk bergerak. Sistem metro juga sangat tidak mesra pengguna."

"Jika anda keluar 10 minit lewat, mereka akan potong deposit. Ini sangat tidak adil,"katanya.

Dari segi makanan pula, "Penghantaran makanan sangat mengecewakan. Satu pesanan boleh berharga lebih daripada 150 RMB (sekitar RM91), dan walaupun saiznya agak besar, makanan itu dibungkus dalam plastik. Kalau minta sudu dan garfu, kadang-kadang mereka tak beri," tambahnya.

Pelancong berkenaan menggesa orang ramai untuk tidak percaya dengan maklumat yang tersebar dalam talian dan mengatakan bahawa melancong ke KL adalah satu pembaziran masa dan wang, dengan hanya membeli-belah sebagai aktiviti utama di bandar ini.

Setakat artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat lebih daripada 600 komen, dan ramai yang tidak bersetuju dengan gambarannya tentang bandar raya ini

Seorang netizen dari Hunan, China menulis, "Jika anda sentiasa mengkritik infrastruktur, lebih baik tidak melancong ke luar negara, kerana tiada negara yang dapat menandingi negara kita (China) dalam aspek itu. Selain itu, apabila melancong ke luar negara, jangan samakan dengan negara sendiri dan cara pemikiran anda sendiri ke atas orang lain.

"Menyesuaikan diri dengan adat tempatan akan menjadikan pengalaman anda lebih menyenangkan. Sudah tentu, jika anda menghadapi diskriminasi atau buli, anda harus mempertahankan diri."

"Ia agak pelik. Saya mendapati orang Malaysia sangat sopan dan ramah. Seluruh bandar ini meriah dan kaya dengan pelbagai makanan eksotik. Malah, kedai-kedai Cina sangat menarik, ia selesa dan bersih," kata komen lain.

"Jika orang Malaysia tidak mesra dengan warga China, maka pada asasnya tiada negara di Asia yang mesra dengan warga China," kata seorang individu, sementara yang lain menambah, "Teksi murah di Malaysia, jadi bukankah lebih selesa untuk menaiki teksi daripada metro? Seperti yang dinyatakan oleh netizen lain, jika anda meletakkan kemudahan yang ada di China sebagai standard, maka anda tidak seharusnya melancong ke luar negara."


Says.com





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2024 01:25 PM | Show all posts
pergi indon atau siam kalau nak murah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa nak tengok negara tu best pergi ke tak, kena tengok toilet dia. Vietnam toilet bersih juga. Jakarta pun bersih (ai cuma pergi tempat mahal2 kot sebab tu jumpa yang bersih). So kalau nak kata Mesia kotor pun I setuju. Sebab toilet Mesia kotor. Tapi yang tukang cakap pun dari China. China lagi mehh toilet dia. Geli nak mampus. So sama je level dedua

Paling best Japan punya toilet siap boleh pasang lagu supaya orang sebelah tak boleh dengar perkara2 yang berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 09:56 AM | Show all posts
so, pegi la negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
China aku paling benci sebab mostly tandas cangkung. Ni aku rasa KL boleh menang. Pastu dahla takde air, tissue pun tak kasi. Geli namampus
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 13-12-2024 10:09 AM

Yeeee malaysia ni sesak,kotor, penuh ngn foreigner… seronok kalau prc x dtg sini. Kitorg sini pon x berkenan dgn pangai korang. Bingit pastu byk buat hal kat m’sia, berak merata, rude, x menyabar. Pegi lah negara lain, konoha ada, telen ada, singapor pon dekat je. Korang duit byk2 pon kami x heran kalau perangai hazab. Byk je negara lain banned pelancong dari negara korang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2024 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 13-12-2024 10:07 AM
Yeeee malaysia ni sesak,kotor, penuh ngn foreigner… seronok kalau prc x dtg sini. Kitorg sini pon x ...

Kalo prc kondem kita patot iyakn aje.
Kurang sikit populasi turis puak² ni
Kita tak perlu triggered otopon rasa defensive.
In fact wajib bolayan aje dah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 10:14 AM | Show all posts
Beijing pun kotor gak le. Tourist area je bersih. Tandas bau hancing nak mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2024 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
saja je nk bikin panas tu... xyah layan.. nk dpt byk views, like camtu je lah caranya..atau nk popular.. zmn skrg buat apa je utk viral. senang la nanti nk capai level selebriti
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Make sure mangkuk ni ada rekod berambus balik...takut nanti kutuk2 msia, lps tu tak balik2...
Hopefully lps ni kurang tourist cina masuk..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 13-12-2024 10:12 AM
Kalo prc kondem kita patot iyakn aje.
Kurang sikit populasi turis puak² ni
Kita tak perlu tr ...


Mmg tersangat happy. SG byk kali dah jumpa puak2 ni melancong lagi2 in group, dia punya hingaq mcm bergaduh. Pastu rude n suka potong q. Mmg mental habis. Tu belum cite masuk toilet lepas depa kuar, kotor n busuk eh. Time kat hokaido dulu pon mcm ni. Knowing jepun, level bersih toilet depa boleh golek2 ya
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 10:39 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 13-12-2024 10:05 AM
China aku paling benci sebab mostly tandas cangkung. Ni aku rasa KL boleh menang. Pastu dahla takde  ...

ada public toilet pintu tandas separuh jer...apa motif ada pintu ntah..haha
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 11:11 AM | Show all posts
iols setuju je dia ckp kotor dan sesak sbb hakikatnya memang betul pun. Kat kl tu warga asing dah sama ramai mcm local silap2 lebih ramai dr local pun. Lepasni susut la kemasukan pelancong china
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
i pergi china i masuk toilet pun sbb terpksa...btw doa ckp org kita xmesra..sini la mesra sbb ramai type c..tp type c kalaysia pun xsuka meka huhu..
bgs la xyh dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Rage bait

Macam biasa la acik2 terpedaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2024 12:15 PM | Show all posts
UJUNG2 DAPAT IC....
DUDUK KAT PENANG....




PUIIII
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 13-12-2024 10:39 AM
ada public toilet pintu tandas separuh jer...apa motif ada pintu ntah..haha

Tu la seram namampus. Ada tandas cangkung yang tinggi tu, aku rasa orang boleh intip dari bawah. Hahaha. Gila betul. Dahla tissue takde haper pun takde. Agaknya diorang kencing terus keluar aje. Serammmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekadar konten nak tarik engagement ka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 01:40 PM | Show all posts
Oklah tu bad publicity is good publicity.  China ada over 1 billion, tak dapat seribu pun tak pe.  Hari tu mengata Singapore.  Eh kau pergi myanmar je la dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2024 01:43 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 13-12-2024 12:18 PM
Tu la seram namampus. Ada tandas cangkung yang tinggi tu, aku rasa orang boleh intip dari bawah. H ...

betul tu, org bole intip dari bawah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.065969 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list