CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21883|Reply: 1

[Tempatan] Selangor pertimbang 'duit raya' kepada penjawat awam negeri, ADUN - MB

[Copy link]
Post time 26-2-2025 11:22 PM | Show all posts |Read mode




SHAH ALAM: Selangor mempertimbang pemberian 'duit raya' atau Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2 tambahan kepada semua penjawat awam negeri termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri dalam masa terdekat.

"Ada lagi berita baik, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan selain daripada BKK yang dilaksanakan.. kita turut memberikan tambahan duit raya kepada seluruh penjawat awam termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri.

"Perkara ini akan dibawa ke dalam MMK negeri nanti dan akan pertimbang duit raya yang kita panggil BKK 2 khas," katanya pada Persidangan DUN Selangor di Wisma DUN Selangor di sini hari ini.

Pada masa sama, Amirudin merakamkan penghargaan kepada semua ADUN sama ada di Blok Kerajaan mahupun Pembangkang yang mengambil bahagian dalam persidangan itu.

"Terima kasih kepada Ahli Dewan kerana kita sudah menamatkan semua pembentangan, perbahasan dan juga soalan yang dijawab oleh Yang Berhormat.

"Bagi pihak kerajaan negeri dengan tulus ikhlas mengucapkan selamat menyambut Ramadan Mubarak bagi yang menyambut puasa khususnya pada Sabtu atau Ahad nanti," katanya.

November tahun lalu, Amirudin mengumumkan penjawat awam negeri Selangor akan menerima BKK dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025.

Pemberian berkenaan akan meliputi pelbagai syarat-syarat ditetapkan dengan satu bulan dibayar pada 31 Disember 2024 dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac depan bersempena Aidilfitri.


Sumber : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 05:35 AM | Show all posts
Bukan tiap2 tahun ke acik2 gomen mmg dpt duit raya dr gomen dorg or perseketuan, walaupun keja malas lol budaya keja n environment bagaii pprt sgt lol kohkohkohh tapi terus terang mmg tak boleh lah aku keja kat ofis yg staff dia penuh dgn pompuans melayu, sherammmm, dgn dengki dgn suka mengumpat dgn suka menjatuhkan dgn kaki bomohh, sherammm gilerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051657 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list