View: 5773|Reply: 0
|
“Biar Tak Ada Rupa, Asal Ada Adab” - Rita Rudaini Cakap Kat Siapa Tu?
[Copy link]
|
|
Pelakon Rita Rudaini memuat naik status di Insta Story memberi teguran terhadap seorang individu mengenai adab dimana dia mengatakan biarlah tiada rupa namun mempunyai adab.
Sementara itu, dalam perkongsian lain Rita turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang telah memadam video konten berkenaan.
Rita turut memerli individu berkenaan untuk terus membuat konten sebanyak mungkin bagi tujuan menghiburkan diri sendiri.
“Kenapa delete video konten tu. Delete buat apa. Buat la banyak-banyak lagi. Hiburkan diri sendiri. Biar ilmu tak setinggi gunung, asal adab tak serendah tapak kaki,” tulisnya.
Terdahulu, Rita menegur cara permohonan maaf Imran Bard yang dianggap tidak beradab apabila menggelar Ellie Suriaty sebagai ‘mak cik’.
Sebelum ini, Ellie meminta ibu bapa Imran membuat permohonan maaf susulan tindakan pempengaruh itu yang didakwa telah mencalar namanya menerusi video di TikTok.
Ellie berkata dia kecewa dengan tindakan Imran yang didakwa mempermainkan nama baik dan mengaitkan dirinya dengan penyalahgunaan dadah biarpun ianya hanya video parodi.
SUMBER: Rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|