CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7539|Reply: 5

Bunga Isme belum rancang ada zuriat dalam masa terdekat

[Copy link]
Post time 27-2-2025 03:17 PM | Show all posts |Read mode



Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi hip hop, Bunga Isme, 25, masih belum mempunyai perancangan memiliki cahaya mata dalam masa terdekat.

Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada Oktober 2023 berkata, perkara itu akan diputuskan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

  


"Tidak… belum lagi nak ada cahaya mata. Perancangannya mesti ada, tapi bukan sekarang.

"Sekarang, saya berusia 25 tahun, mungkin pada usia 27 atau 28 tahun, insya-Allah," katanya ditemui selepas membuat persembahan pada Majlis Peluncuran 100 Lagu 100 Tahun di ibu negara, semalam.

Pada masa sama, Bunga atau nama sebenar, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkata, dia selesa menjalani kehidupan rumah tangga secara bersederhana tanpa terlalu berkongsi dalam media sosial.

"Sebenarnya, sebelum dan selepas berkahwin rasanya sama sahaja. Sekarang, saya juga tidak terlalu mendedahkan mengenai suami kerana kami hanya jalani kehidupan seperti biasa.

"Saya tak rasa terbeban atau lega, hanya rasa normal. Mungkin saya adalah orang yang begitu, kadang-kadang rasa nak tunjuk, saya tunjuk tapi tidaklah setiap masa. Dia (suami) ada kerja dan saya pun ada kerja sendiri.

"Bila kami rasa macam nak berkongsi sesuatu yang kelakar atau menggembirakan, kami akan buat," katanya.

  


Terdahulu, Bunga mengambil pendekatan merahsiakan perkahwinan bersama Amzar sehingga akhirnya membuat pengakuan selepas setahun bernikah.

Mengulas tindakan merahsiakan perkahwinan, Bunga berkata, perkara itu adalah permintaan daripada keluarga.

"Keluarga minta rahsiakan, kami turuti sahaja. Kami juga nak elak orang fikir perkara lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bunga terbabit dalam projek 100 Lagu 100 Tahun kelolaan World Business Affairs Sdn Bhd dengan kerjasama Lunchai Emas Sdn Bhd.

Menerusi projek itu, Bunga menyanyikan semula lagu klasik, Ulek Mayang bersama Kaka Azraff.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2025 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara dia jawab macam dia femesss sangat huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Puki hg totey laki hg bulu2 hampa punya...so bukan urusan kami untuk tau segala info merepek2 ni budak oi.... meloya tekak klu hari2 kena hadap kisah hampa beromen ke x.  Kita usia 30 an ke atas rilek je stiap mlm on 4round esok pagi bangun2 tdur penuh smngt ceria... mndi jgn lupa niat je dekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 27-2-2025 07:50 PM

Ada laki ada masa muda ada peluang nak beranak pergilah beranak jgn sekat2, hang bukan artis femes pun xde dlm dunia seni xde apa
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hati2 dekkk kalau ckp pasal anak ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2025 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal lagi, konfiden je korang subur
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.363227 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list