CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 7758|Reply: 63

[Tempatan] Pakcik kayo! El Azman beli lagi satu kereta mewah, no plat D7

[Copy link]
Post time 22-3-2025 01:57 PM | Show all posts |Read mode


Umum mengetahui usahawan El Azman cukup meminati kenderaan mewah malah sudah mempunyai beberapa koleksi.

Tahun ini, El atau Mohd Hilmi Che Azman, 37, bakal menambah sebuah lagi kereta mewah pacuan empat roda dalam koleksi kenderaan miliknya.

Bagaimanapun kata El, dia mungkin tidak dapat melaram kereta tersebut bersempena hari raya kerana kenderaan itu sampai selepas sambutan Aidilfitri.

"Tahun ini ada juga beli kereta baharu tapi mungkin tak sempat sampai sebelum raya," katanya kepada mStar.

Teruja dengan kereta idamannya, El berkata dia juga sudah membeli nombor plat buat kenderaan tersebut.

"Nombor plat saya dah beli iaitu D7.

"D bermaksud dunia sempena kempen raya perniagaan saya tahun ini, manakala nombor tujuh itu melambangkan diri saya," ujarnya.

Dalam pada itu, kata El dia tiada perancangan untuk menjual koleksi tiga kenderaan mewah yang dibelinya tahun lalu.



Tiga kereta mewah tersebut adalah McLaren Senna, Lamborghini SVJ Roadster dan Rolls Royce Cullinan.

"Saya sayang tiga buah kereta yang ada sekarang, jadi tiada rancangan nak jual.

"Memang saya beli kereta mewah ini sebab saya suka," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, El teruja dengan pelantikan dua jaguh Muay Thai dari Thailand iaitu Rodtang Jitmuangnon dan Tawanchai sebagai duta kempen raya Elrah Exclusive Terpaling Mendonia tahun ini.

Lebih membanggakan apabila Rodtang menggayakan baju Melayu pada sesi ‘Face-Off’ bagi acara ONE 172 sehingga menarik perhatian netizen Malaysia di media sosial.

Tambah El, pemilihan busana berona hitam yang dipadankan dengan samping sulam serta songkok menyerlahkan lagi kegagahan Rodtang.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
angin kencang ribut taufan sangat ke sales elrah ni? dah la kena bersaing dgn bulan bintang dan gazillion jenama lagi. takkan la penjual2 baju melayu ni ponder timbang kilo versi lelaki?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 22-3-2025 06:50 AM
angin kencang ribut taufan sangat ke sales elrah ni? dah la kena bersaing dgn bulan bintang dan gazi ...

Legit juga rasanya. Kak KM tu pun takat jual jamu cikpet, berduit naw.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni menduda balik ke? Tak nampak langsung penampakan bini baru dia.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat
Semua kete2 mewah gitchuuu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 04:51 PM | Show all posts
Tahun 80an 90an biasa nampak number plate ni di bangsar. Saya masih ingat d7 sebab di waktu itu mesti dimiliki oleh pekerja d7.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2025 06:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 06:07 PM | Show all posts


muka mcm cari gaduh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2025 06:15 PM | Show all posts


Khairi pun dia ada ambik jadi modal...

harga 160 sepasang. dia ni ada sumber pendapatan lain kah... tengok website tak mengambarkan pendaptan juta-juta. jual baju melayu dan aksesori hanya lebat masa perayaan dan ada banyak saingan lain sepanjang tahun..

barangkali website tu tak menggambarkan besarnya perniagaan dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 08:06 PM | Show all posts
no plat D7 tu bukan yg dato forex ntah apa apa tu, yg dia pun pakai lambo urus, dia jual no plat tu berapa juta la
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 22-3-2025 06:07 PM
muka mcm cari gaduh..

Dah takde lelaki melayu dh ke nk jd model baju melayu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2025 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Company ni dulu ex wife dia punya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 10:37 AM | Show all posts
ponen vottom acah2 playboy...hahahahahaha... sejenis ponder parking duit cuci ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 10:52 AM | Show all posts
nk amk BRABUS 800 Black & Gold Edition - Mercedes-AMG G 63 ke tuuuu....bazar elrah kt tmpt aku sendu..dia ni forex juga ke.. thn lps cullinan dgn senna dia bawa masuk, katekan tempoh masa menunggu setahun so order 2023.. kaya kaya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 11:05 AM | Show all posts
Bukan nak mengata tapi kami pelik dengan kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 11:05 AM | Show all posts
Edited by venom1 at 24-3-2025 11:06 AM

`Deleted`
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2025 11:15 AM | Show all posts
venom1 replied at 24-3-2025 11:05 AM
Bukan nak mengata tapi kami pelik dengan kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat.

kalo buat kira-kira dalam 1 juta pasang x RM200 dapat la sales 200 juta
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2025 12:55 PM | Show all posts
teringat dulu-dulu zaman dia suka edit gamba kaki jadi panjang

dah rope hantu raya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:40 PM | Show all posts
Kesian ex-wife...pepenat up biznes, ujung-ujung katik ni gak yg mendunia.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Barakallah hu lakum

Barakallah hu lakum

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25667 Replies : 22
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45158 Replies : 1
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 8922 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 5703 Replies : 2
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14531 Replies : 292
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57742 Replies : 1094
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365163 Replies : 3557
PENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG SERIOUS LAA......
akido_kidoPENANG AIRPORT HARI NI.... WEYY KORANG S
Views : 14273 Replies : 1
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22221 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.420899 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list