CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17026|Reply: 230

[Jenayah] Nak Beli Jam Dekat Rolex Pavilion, Sales Assistant Tak Bagi Masuk!

[Copy link]
Post time 25-3-2025 07:43 AM | Show all posts |Read mode


Jenama Rolex merupakan satu simbol kemewahan dan sering menjadi pilihan untuk dipakai oleh mereka yang mahu menunjukkan status sosial kepada khalayak ramai.

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya di laman TikTok dimana beliau tidak dibenarkan masuk ke salah satu butik jam tangan mewah itu yang terletak di ibu negara.

Sales Assistant Rolex Pandang ‘Atas Bawah’

Lelaki tersebut pergi ke salah satu butik di Pavilion namun tidak dibenarkan masuk oleh Sales Assistant (SA). Beliau kemudian berkata salah seorang staf telah mengeluarkan kenyataan yang membuatkannya terasa hati.

“Kalau you nak cari Tissot atau G-Shock, takde kat sini tau,” kata seorang staf kepada lelaki tersebut.

Lelaki itu yang kecewa dengan kenyataan staf butik kemudiannya mempersoalkan mengapa staf itu mengeluarkan kenyataan sedemikian walhal mereka hanya pekerja di butik tersebut, bukan pemilik.

Kerana sakit hati, lelaki tersebut kemudiannya pergi ke satu lagi butik jam ternama iaitu Cartier dimana beliau mendapat layanan yang lebih baik berbanding staf butik Rolex.

Di ruangan komen, ada netizen yang memuat naik jam Cartier yang dibeli lelaki terbabit bernilai ribuan ringgit.

Bukan sahaja di Malaysia, jenama Rolex di luar negara juga mengenakan peraturan yang ketat kepada mana-mana individu yang mahu membeli produk mereka.

Menurut perkongsian Love Luxury, pelanggan memiliki pilihan yang terhad untuk membeli model yang tersedia secara komersial. Apabila ada model yang direka semula, besar kemungkinan jam tersebut tidak dijual kepada orang ramai dan hanya ada individual terpilih yang boleh mendapatkannya.

Selain itu, versi edisi khas hanya tersedia untuk tempoh yang singkat. Sebaliknya, jika anda menumpukan pada pasaran terpakai, anda akan melihat rangkaian model yang lebih besar untuk dipilih, model terhad boleh diambil pada harga yang berpotensi lebih tinggi daripada butik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2025 01:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2025 07:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 08:07 AM | Show all posts

Mak aii.. mahalnya

barangkali memang orang kaya dia ni.. harga jam pun dah boleh beli satu kereta... dia publish mcm ni dia ok ker kalau sprm serbu dan siasat


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 08:12 AM | Show all posts
fuhh harga
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:22 PM | Show all posts
keje apa mamat ni?bisnes?bisnes apa?dan apa peraturan ketat sgt rolex ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2025 01:34 PM | Show all posts
Penampilan macam perompak selayaknya lah.

Aku keluar masuk pakai baju kerja ja, bukan perlu pakai tie & suit pun.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 01:46 PM | Show all posts
Rolex kalau dpt masuk bukan ada pun stock utk dibeli.  Nk masuk list utk beli pun mcm impossible sb existing waiting list probably utk certain customer aja. Begitulah dek kisahnya, kalau dpt masuk tetap kau kecewa.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sales assistant bodo....never judge orang dari penampilan k...

lucky dulu I and my doter masuk kena layan baik2...sedangkan tiada dana dan niat nak beli pon...just nak tengok berapa harga jam hubby yang he beli waktu anak i kecik..

Cartier memang the best...siap bagi minum, buku product... siap dengan paperbag...even tho kami kata cuma nak tengok2 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 02:12 PM | Show all posts
dapat beli jam 3k pun aku rasa happy sgt daa....ni kan pulak 50K+++

rezeki org kaya2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 02:32 PM | Show all posts
rezeki masing2.. tp nk tahu jam mahal2 ni bateri dia ada tempoh hayat tak atau mmg onz smpai beratus tahun? mcm jam aku ni da 8thn lom tukar2 lg bateri sejak beli, brand g-shock jela..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jam mahal² ni boleh buat apa je? boleh baca wassap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
eh.. br tgk video. dia kata sa cina cartier tu layan bagus... sa rolex tu melayu judgemental ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dh ada kedai/butik..ada pintu...pintu buka..open...tu kot dia masuk...cer tulis....yg ada temujanji jer boleh masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
dekat Nars pavi tu pun SA dia kekwat. mentang2 aku pakai jogging pants je tak mekap pun: dah aku duduk westin selayaknye le pakai seolah2 pi supermarket sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:49 PM | Show all posts
SedihPedih replied at 25-3-2025 01:46 PM
Rolex kalau dpt masuk bukan ada pun stock utk dibeli.  Nk masuk list utk beli pun mcm impossible sb  ...

maksudnya yang display tu not for sale ke ? or mmg dah ada tuan punya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 25-3-2025 01:22 PM
keje apa mamat ni?bisnes?bisnes apa?dan apa peraturan ketat sgt rolex ni?

Rolex ni mcm hermes la.. u can't choose apa yg u nak... tp kena sujud syukur gitu if you're being offered one..


Pffttthh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 25-3-2025 02:39 PM
jam mahal² ni boleh buat apa je? boleh baca wassap ke?


Kawan aku ada rolex yang bateri dia takkan mati.. mcm teknologi nuclear zaman dulu yg awal2 org pakai buat battery pacemaker...

Special la jugak rolex ni


Kalo takat datejust battery biasa ke apa tu takde la mahal pun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 25-3-2025 02:39 PM
jam mahal² ni boleh buat apa je? boleh baca wassap ke?

Soklan sama ditujukan kepada wanita2 yg beli henbeg puluh ribu k.. Beg tu mahal2 boleh baca wasap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2025 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 25-3-2025 01:56 PM
Sales assistant bodo....never judge orang dari penampilan k...

lucky dulu I and my doter masuk kena ...

Biasa rolex tu kawan2 i beli preloved kat jepun je....

Jarang i dengar org dpt beli brand new dah skang.. zaman early 2000 tu ada laa dpt beli brand new boutique... tp masalah nya masa tu tak mampu la pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-4-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.104955 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list