CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 0

Cetek ilmu faraid

[Copy link]
Post time 25-3-2025 09:41 AM | Show all posts |Read mode

RAMAI wanita masih keliru mengenai hak mereka dalam pewarisan harta pusaka walaupun Islam sudah menetapkan pembahagian yang jelas melalui hukum faraid.

Persepsi salah mengenai faraid sering menyebabkan wanita terpinggir dalam isu berkenaan.

Menurut Pakar Perancangan Harta dan Pengurusan Pusaka, Suzana Abu Bakar, kekurangan ilmu faraid menjadi punca utama wanita tidak memahami siapa waris mereka dan bahagian yang sepatutnya diterima.

"Ramai wanita beranggapan jika rumah dibeli bersama suami, maka selepas kematian suami, rumah itu menjadi milik penuh isteri," katanya pada perkongsian bertajuk Pewarisan Harta Islam Untuk Wanita, Antara Persepsi & Realiti di Surau Media Prima Berhad, Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Realitinya bahagian suami akan diwarisi oleh waris faraid seperti ibu, ayah atau adik-beradik suami jika ibu bapa sudah meninggal dan mereka tidak mempunyai anak lelaki.

Konflik pewarisan ini bukan sahaja menyukarkan isteri yang kehilangan suami, malah boleh menyebabkan mereka kehilangan tempat tinggal jika waris faraid lain menuntut bahagian mereka.

"Banyak kes di mana keluarga suami enggan melepaskan bahagian mereka menyebabkan isteri terpaksa menebus rumah dengan harga yang tinggi," katanya.

Suzana turut mendedahkan ada isteri yang terpaksa membayar ratusan ribu ringgit hanya untuk mengekalkan rumah yang dibeli bersama suami.

"Sebagai contoh, jika rumah bernilai RM500,000, ibu dan ayah suami yang berhak mendapat satu per enam setiap seorang mungkin menuntut bahagian mereka dalam bentuk wang," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelakkan kesukaran ini, wanita perlu mengenali waris faraid mereka lebih awal.

Suzana mengambil inisiatif membantu wanita dengan menyediakan 'mock-up' sijil faraid dan analisis faraid bagi tujuan pendidikan.

Katanya, melalui kaedah itu, lebih ramai wanita tahu siapa waris mereka dan boleh membuat perancangan awal bagi memastikan isteri serta anak-anak dapat terus tinggal di rumah yang dibeli bersama suami.

"Ramai wanita tidak menyedari proses panjang yang perlu dilalui sebelum pusaka dapat difaraidkan," katanya.

Beliau berkata, ada tanggapan bahawa faraid sudah tersedia, jadi tidak perlu menguruskan pusaka lagi.

"Realitinya sebelum pusaka difaraidkan, isteri perlu menyediakan dokumen, berurusan dengan waris, mendapatkan surat kuasa dan mentadbir pusaka," katanya.

Kelewatan dalam menguruskan pusaka juga boleh menyebabkan kos pentadbiran semakin meningkat.

"Semakin lama masa diambil untuk menyelesaikan urusan pusaka, semakin tinggi kos yang perlu ditanggung waris," katanya.

Suzana berkata, emosi juga memainkan peranan besar dalam pewarisan harta terutama bagi wanita yang kehilangan suami.

"Wanita sering terkejut dan tertekan selepas kehilangan suami, lebih mencabar apabila mereka perlu berdepan perebutan harta oleh waris lain," katanya.

Beliau menasihatkan wanita supaya mengambil langkah awal dengan menyediakan dokumen perancangan seperti hibah untuk memastikan isteri dan anak-anak terjaga selepas kehilangan suami.

"Kita merancang kerana sayang, sayang kepada diri sendiri dan sayang kepada keluarga yang ditinggalkan," katanya.


Sumber: Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasangan panda gergasi baharu tiba di Malaysia minggu depan
AbahmungPasangan panda gergasi baharu tiba di Ma
Views : 872 Replies : 41
Prince Syed bagi isteri nafkah setengah juta ringgit, cukuplah belanja untuk setahun
RalinePrince Syed bagi isteri nafkah setengah
Views : 12016 Replies : 151
Kaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 tip ini jika nak elak digigit pacat
tatodKaki masuk hutan kena cuba, lakukan 5 ti
Views : 7684 Replies : 4
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 322942 Replies : 3283
Baru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri Air Zamzam Pada Adik Beradik Tanpa Izin.Netizen Berbelah Bagi
YgBenarBaru Balik UMRAH, Wanita Kiciwa Ibu Beri
Views : 2971 Replies : 99
Microwave untuk makanan halal sahaja di ofis buat netizen berbelah bagi
YgBenarMicrowave untuk makanan halal sahaja di
Views : 190 Replies : 8
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 98 Replies : 107
Sultan Kelantan dan gosip perkahwinannya...againnnn
PrickfordSultan Kelantan dan gosip perkahwinannya
Views : 1235 Replies : 4
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5179 Replies : 3287
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23717 Replies : 1294

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2025 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.049262 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list