CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6500|Reply: 147

“Lagu-Lagu Raya Kini Kurang Melodi, Kena Ada Elemen Kesyahduan” – M Nasir

[Copy link]
Post time 26-3-2025 03:31 PM | Show all posts |Read mode



Setiap kali hari raya, lagu-lagu lama sering menjadi pilihan ramai untuk membangkitkan lagi suasana hari raya ditambah bait-bait lirik lagu klasik berjiwa malar segar.

Antara lagu raya yang masih diminati ramai sehingga kini adalah sentuhan penyanyi dan komposer terkenal, M Nasir.

Memetik Utusan Online, M Nasir berkata lagu-lagu raya baru kini sangat catchy dan ada tarikan tersendiri namun kurang melodi.

Tambahnya lagi, lagu raya perlu ada elemen kesyahduan dan dalam masa sama ada unsur kegembiraan pada hari kemenangan itu.

“Lagu-lagu raya baharu kini bagi saya kurang melodi, tetapi sangat catchy, mungkin sedikit bahagian daripada lagu atau seni katanya yang catchy.

“Tetapi kalau kita nyanyikan lagu-lagu raya yang bermelodi, orang kata kita lama. Bagi saya, lagu raya kena ada elemen kesyahduan. Dari segi bunyi kita susah nak cakap, tetapi dari segi bahasa, kesyahduan itu yang saya maksudkan.

“Tetapi lagu raya ini ia bukan untuk bersedih atau syahdu sahaja. Untuk gembira pun iya. Kalau kita ambil contoh daripada lagu-lagu Barat, begitu juga digunakan.

“Deskriptif seni katanya itu melahirkan kesyahduan dan keheningan hari raya,”katanya.

Sementara itu M Nasir tidak menolak lagu raya di Malaysia cenderung bersifat keagamaan tapi dalam masa sama perlu digubah dengan memahami maksud dan pengertian di sebalik perayaan itu sendiri.

Dalam pada itu, lagu raya juga perlu dimasukkan dengan elemen tradisi agar ‘melekat’ di hati pendengar sepanjang zaman.

“Lagu-lagu raya yang bersifat moden atau tiada nilai kesyah-duan itu, saya pun tak dapat nak katakan adakah ia boleh bertahan lama sebagaimana lagu raya zaman dahulu.

“Mungkin untuk beberapa tahun, ia mampu bertahan. Tetapi saya pun tidak boleh jangka,”katanya.


SUMBER: Utusan, Rotikaya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Suatu hari di hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 03:54 PM | Show all posts
Yes,itulah setepatnya. Takde kesyahduan. Takde beza dengan lagu pop yang sedia ada. Takde identiti lagu raya. Lirik pon bodoh belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
i pulak personally kurang gemar dgr lagu raya yg sedih syahdu sebab bagi i raya ni time kita happy2, kumpul dgn family jalan2. lagu raya mcm nazam lebaran, sesuci, warna warni di aidilfitri, senandung hari raya untukmu, suasana hari raya, haa vibe lagu raya cmtu yg i tunggu2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye. Melodi mcm sama je semua. Maybe nk sesuai kan dgn gen z?  
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 05:01 PM | Show all posts
cuma bani nusantara jer suka bersayu2an dlm lebaran
yg pelik cuma eid fitri jer, kalo eid adha tak jumpa keluarga pun takpa
sedangkan di ereb sana terbalik pulak
bani nusantara time lebaran lar berpusu2 pergi kuburan sambil menangis
dgn baju mencolok mata, dgn make-up sekati
org dlm kubur pun heran nengokkan peel masing2 beraya dikuburan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2025 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 26-3-2025 04:20 PM
i pulak personally kurang gemar dgr lagu raya yg sedih syahdu sebab bagi i raya ni time kita happy2, ...

Mcm laki iols.. heols akn tukar channel radio bila kuar lelagu raye sedih, dgn alasan mcm chuols.. berbeza plak dgn iols yg ske mendera diri dgn lelagu raye sedih.. my top 3: pulanglah, air mata syawal, ku pohon restu ayah bonda.. tak ke tema sedey tiga2 tu? Something is wrong dgn iols
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
sukanyanyi replied at 26-3-2025 05:08 PM
Mcm laki iols.. heols akn tukar channel radio bila kuar lelagu raye sedih, dgn alasan mcm chuols.. ...

Napeplak something wrong..biaser lah preference masing2...u ni sensitive person kut..meol layan je semua syahdu happening asal sedap lagunya..hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
apedehal replied at 26-3-2025 05:40 PM
Napeplak something wrong..biaser lah preference masing2...u ni sensitive person kut..meol layan je ...

Hihi, betul la kot tu chuols, iols sensitive person tp lagu hael-nad n kakafaz-sya2 iols layan jgk.. ilang la ngantok time puase2 kat ofis kn..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:19 PM | Show all posts
lagu toknasir salam dunia paling best bagi iols...
toknasir pun sekarang amik job duta baju melayu yach... khatam katanyer... iols tengok sepasang rm350 ko raser
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 26-3-2025 06:19 PM
lagu toknasir salam dunia paling best bagi iols...
toknasir pun sekarang amik job duta baju melayu y ...

Tp laku keras ek..aku baca kat thread la budak2 ni ckp kedai full sokmo
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ok untuk generasi ni mungkin lagu ketipak ketipung raya & dolla raya raya raya. Ada elemen disitu. Sebab tu 2 lagu ni mcm still berputar walaupun lagu tahun lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuk  nasir
Ada ke wat lagu tuk warning org jgn begitu jgn begini

Syahdu tu bukan kena sedih meleleh mcm
Lagu semua insan sedang gembira atau sayuuuuuuuuuu hati ini makin sayu

Lagu raya skrg catchy xdehal masalah lirik teruk sgt
Tetap la juga lagu saloma tu no syatu
Terasa happy dan tersangat laaaaaa vibess raya
Lirik tak warning org, tak ngata org
Tak mensarut bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nonymous at 26-3-2025 06:58 PM

satu hari di hari raya
ku lihat cahaya bersinar indah
langit cemerlang tak terkira
tanda kuasa yang Maha Esa
memberi nikmat pada manusia
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 06:58 PM | Show all posts
Ade tgk ig story tokpit tdi pasal ni. yg pasal jozan media tuh. klako plak title pdahal toksir cool je dgn lagu2 zaman skrg
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Peredaran zaman. Acik ok je dengan lagu2 raya baru dan moden ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2025 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu skrg setakat boleh layan utk sementara jela.tapi bab lirik mcm nohorom.apa kejadah  lirik namakan dua jenis raya.pastu jawapan dia raya di bandar,kampung sebagai org Islam  ko x rasa bersalah ke tulis lirik mcm tu? eh douglas lim pun lagi berseni tulis lagu raya tau tak?tetapla lagu2  raya dari zaman pramlee sampai ke at least 90an jadi all time favorite
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp i tak gemar lagu nadeera dan hael tu...rasa cringe aje bila tgk 2 org tu nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu 1 hari dihr raya lgu no 1 fav aku… bila dgr bcampur baur perasaan sedih, happy, bahagia…
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2025 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 26-3-2025 08:01 PM
Tp i tak gemar lagu nadeera dan hael tu...rasa cringe aje bila tgk 2 org tu nyanyi

Iols pun tak suka. Iols tukar channel bila lagu tu keluar, suara nadirah macam kucing merenyam nak mengawan dalam lagu tu. Dok sayang berpuluh kali kejadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-4-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065431 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list