CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3232|Reply: 28

Jual ‘chili oil’ demi tanggung keperluan anak, Shakilla minta Fizi Ali henti kait bisnes dengan isu peribadi

[Copy link]
Post time 27-3-2025 01:15 PM | Show all posts |Read mode

PELAKON Shakilla Khoriri kesal apabila bekas suaminya iaitu Fizi Ali seolah-olah memerlinya menggunakan isu berkaitan anak perempuan mereka demi mempromosikan produk ‘chili oil’ jualannya.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 36, sebaliknya meminta Fizi bersyukur dia ada usaha mencari wang untuk menampung perbelanjaan anak mereka.

Ini kerana dakwa Shakilla, nafkah diberi Fizi untuk anak mereka iaitu Ameena Sofia, 6 tahun sebanyak RM500 sebulan tidak mencukupi.

“Keperluan seperti perbelanjaan persekolahan bernilai ribuan ringgit sebulan… Kalau nak bandingkan RM500 itu, dia sepatutnya berterima kasih bukannya menghina saya buat marketing murahan.

“Saya pun nak kejar jualan, saya ada masa dua hari sahaja lagi sebelum tutup akaun.

“Takkan saya kena berhenti berniaga disebabkan isu ini tengah panas?,” ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Kila memberitahu dia terpaksa bekerja keras membesarkan Ameena untuk memastikan semua keperluan dan kehendak anaknya mencukupi.


Disebabkan itu juga, Shakilla memohon kepada Fizi agar berhenti mengaitkan sumber rezekinya dengan pertelingkahan di antara mereka.

“Tidak ada sokongan atau bantuan daripada bapa kandung anak saya, jadi saya kena kerja dua kali ganda lebih kuat untuk penuhi keperluan dan kehendak Ameena.

“Apabila saya fikir-fikir balik, tak baiklah buat macam ini. Ucapan terima kasih pun tidak ada, apatah lagi hendak menghargai saya mencari rezeki untuk anak kami.

“Jadi saya harap tak perlu kaitkan bisnes saya sebab anak kami bukan tanggungan suami. Saya ada rasa tanggungjawab cukupkan keperluan Ameena," ujarnya.

Ahad lalu, Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 36, seolah-olah memerli Shakilla dengan mengatakan wanita itu seakan-akan menggunakan isu anak mereka dengan niat mempromosikan produk jualannya.

Fizi tampil bersuara selepas Shakilla memuat naik kenyataan mendakwa muncul individu mengaku sebagai penjaga utama Ameena dan cuba mendaftar persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuannya.

Susulan itu, Fizi meminta bekas isterinya itu menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung anak mereka secara undang-undang dan bukannya melalui media sosial.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.

Fizi kembali bertemu jodoh dengan Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023  manakala Shakilla pula mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya iaitu Mohd Fariz pada 24 Februari 2024. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 01:31 PM | Show all posts
fizi tu pun sudah2 laa
ko pun dah ada bini baru kan skrg
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 01:33 PM | Show all posts
laki baru sheols keje apa pulek... gaduh bab nafkah tak cukup fight la dkt court...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 03:17 PM | Show all posts
mintak la up lebih 500 kalau dh x ckup, ramai sgt lg struggle bab nafkahz rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
nyampah la diorg ni..time bahagia dulu kemain buat content
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 03:35 PM | Show all posts
aku rase citer retis paling annoyying sepanjang abad....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2025 03:52 PM | Show all posts
BAGI AJA BAPAK DIA BELA
MACAM ADA RAKAN SEKERJA AKU BERBANGSA CINA
BILA BERCERAI DIA KASI ANAK KT EX HUSBAND, DIA AMBIK ANAK HUJUNG MINGGU

ELOK JA TAK ADA NAK MEROYAN
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 03:54 PM | Show all posts
apalgi hal anakbranak niiiii
org dh nk raya dh oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 04:02 PM | Show all posts
Kesian anak tu…kedua2 parents dia fit tagline PRamlee….”dah tua2 pun bodoh…”
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua2 bongok. Umo 17 ka ni gaduh2 tayang di socmed?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:04 PM | Show all posts
cousin aku give up hak penjagaan sebab tak mau bergaduh bab nafkah. hujung minggu ambil anak rilek - rilek tak payah nak kecoh sekolah anak semua. kalau rasa susah bagi je pada fizi. Tapi sebab sakila ni aku malas nak hadam sebab dia drama queen.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg je la anak tu kat fizi biar fizi jaga... heboh nafkah anak tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:14 PM | Show all posts
serius ke belanja sekolah anak ribu2 sebulan..?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Fizi dah ckp apa apa nak mintak melalui loyer wahai ibu terpaling...rasa tak cukup rm 500 mintak tambah kat court bukan terpaling merentan guna sosmed
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesis cik e dgn jof ke ni? Asyek meroyan je ke benci tapi rindu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 04:49 PM | Show all posts
anak ko sekolah sama leona ke belanja ribu2 sebulan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr dulu yg merentan si kila.. Baru disusuli dgn fizi utk back up..
Tp sb kilacpenyondol jd aku rasa dia annoying lg... Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak boleh hadam org bercuti overseas tapi bab fees sekolah duk pungpang.. hantar kemas je la...bukan bayaq cukai pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah2 la bergasak pasal anak. Benda boleh co parenting baik2 takmau adoii
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hati hitam berkulat aku mengatakan fumakilla ni perempuan jahat. titik !!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.082454 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list