CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
1234Next
Return to list New
View: 6917|Reply: 71

Kisah Putus Tunang, Orang Hilang Hormat Pada Elfira, Diejek Lagu Pian

[Copy link]
Post time 27-3-2025 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 27-3-2025 05:16 PM


PETALING JAYA – Setelah bertahun-tahun mengunci mulut mengenai kisah putus tunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, pelakon Elfira Loy mendedahkan detik tersebut merupakan pengalaman paling pahit dalam hidupnya.

Sepanjang waktu berduka, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 31, memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu perkara tersebut terus menjadi buah mulut ramai.

“Saya rasa saya seorang yang kuat sebab dah melalui fasa ibu bapa berpisah dan besarkan adik-beradik sejak berusia 12 tahun. Itu momen terberat.

“Rupanya, benda paling berat apabila saya putus tunang. Saya tidak pernah cerita kepada sesiapa dan akan diam walaupun wartawan bertanya.

“Kalau saya cakap atau tak benda tersebut pasti akan jadi salah atau betul. Dia akan jadi lebih besar,” katanya sambil menitiskan air mata.


Lebih teruk, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu memaklumkan bahawa dia sering menjadi bahan gelak tawa orang sekeliling setiap kali keluar rumah.

“Ketika itu, saya pergi mana-mana orang akan buat lawak dan ejek saya. Orang ingat saya okey, tetapi sebenarnya tidak. Saya pergi pusat membeli-belah, orang gelak-gelak dan menyanyi lagu (Sufian).

“Selama jadi pelakon, saya tidak pernah ada gosip tetapi disebabkan perkara lain, orang hilang rasa hormat kepada saya,” kongsinya dalam sebuah audio siar.


Bagaimanapun, Elfira bersyukur kerana momen sedih tersebut menjadi asbab dia lebih dekat dengan Allah dan menghabiskan masa di masjid.

“Itu turning point (titik permulaan) dalam hidup saya. Ketika itu, saya tak bercakap kepada sesiapa termasuk ibu saya kerana dia marah saya tak pertahankan diri.

“Saya tahu tiada siapa nak pertahankan saya jadi saya bercakap dengan-Nya (Allah). Perjalanan hidup selepas itu, Allah bagi apa saya nak,” jelasnya.


Pada tahun 2018, Elfira dan Sufian putus tunang selepas beberapa bulan mengikat tali pertunangan.

Setahun kemudian, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar dan memiliki sepasang cahaya mata bernama Muhammad Rayyan Khalaf, 4, dan Nur Aria Mikayla, 3. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 05:23 PM | Show all posts
wartawan kosmo pun takde soklan lain ke nak tanyaa bulan² puasa ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda kontroversi? Yeke elbulu. Habis dgn baimwong dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah  kahwin pun kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 05:35 PM | Show all posts
Lollllll......yg bertanya dan yg ditanya pun.....

Lebih baik x payah lah citer bende lama tu woi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yerlaaa...igt lagi tetiba pian glemer membuak2... lagi2 pas lagu dia kat juara lagu tu ..semua org simpati teruk dgn pian....hahahhaa lawak bila ngenang...nasib baik ko kawin dgn org lain...kalo ko tehtap tunggu pian...sampai sekarang la ko xkawin elfira oii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2025 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeelalala replied at 27-3-2025 09:35 AM
Lollllll......yg bertanya dan yg ditanya pun.....

Lebih baik x payah lah citer bende lama tu woi

she boleh pilih tak nak jawab...tapi she memilih untuk menjawab demi secebis perhatian..dapat laki elok macam fatah pun tetap kena ride isu putus tunang..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 09:05 PM | Show all posts
jihah_kudat replied at 27-3-2025 01:45 PM
she boleh pilih tak nak jawab...tapi she memilih untuk menjawab demi secebis perhatian..dapat laki ...

Tu pasal. Mcm x move on. Bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa, zaman tok nenek punya gosip org pun dah lupa ngko dgn c pian dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 27-3-2025 11:04 PM

Kena hafal surah Al mulk, kena kawen org kaya, kanak2 lagi disuruh bekerja sara diri, kalau kita2 ni sbg ibu bapa xde la suruh anak bekerja cari duit tanggung keluarga, suruh tangkap org kaya2 jadi suami
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa kau mengungkit kisah lama ni dikkk..kau dah kawin pun anak pun dah 2. Apa lagi nak dikenang kisah dah berlalu lamaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 11:49 PM | Show all posts
dah kahwin beranak pinak pun
kau pilih untuk ungkit kisah silam kau
patutnya ko jwb la berhemah
benda lepsa usah dikenang
walaupun nak cerita kau tu KUAT
kau tak bahagia ke nok lepas dah beranak dua?
lepas kahwin ko pun sendurina dah
so teruskan sendu di sana
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2025 11:50 PM | Show all posts
Why dik... Why? Org dh lupa dh. Kang kejap lg org nyanyi balik lagu tu kang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aneem at 28-3-2025 12:05 AM

Sbb tu belum ada apa2 jgn menggeletis
Kisah kau akan dikenang ke anak cucu
Mujur takde gambau hutan amazon
Kalau tidak, lagi aib nokk
Tu gambau cover gambau baru ke lama?
Kalau baru, sejak bila pulak sheol pakai tudung nampak dada?
Nak kembali semula berlakon?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 12:11 AM | Show all posts
Napa nk buka cerita yg dh patut kambus ni..dh 2 anak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada hint?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2025 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Biorlah dia explain side dia pula...Sampai bila nak dok dendiam telan suma pahit sendiri2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tak move on. Perlu closure kot. Memang teruk dia kena bahan pasal Pian tu dulu. Pian je pun cei punya Pian.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
biasalah macam walafaz gak kena kutuk …abutah juga yg dok ride x jumpa anak chezzy ngan miroh di puji puji maksub yg amat
……
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2025 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ada laki kan. tak perlu rasanya ungkit kisah lama. ex tunang pulak orang kenal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.374999 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list